QN 29

2K 101 0
                                    

Qaid masih duduk di kafe. Susah untuk meyakinkan Nuryn jika Nuryn telah meletakkan tembok yang tinggi di hadapannya. Perlukah Qaid meluahkan perasaannya kepada Nuryn?

"Qaid, tunggu apa lagi..masa rehat dah habis." Kai memanggil Qaid masuk kerja balik.

Qaid berpaling memandang Kai tanpa berganjak dari tempat duduknya. Kai yang kehairanan melihat Qaid datang menghampiri.

"Dah kenapa pulak ni? Bukan tadi kau bercakap dengan Nuryn kan."

Qaid hanya mengangguk. Kai tepuk dahi. Tak pernah buat perangai bisu macam ni, hari ni kenapa pula? Kai tepuk bahu Qaid. Qaid langut memandang Kai.

"Aku rasa nak tangguh misi kita dulu. Aku ada misi yang lebih penting, hidup atau mati."

"What the hell is he talking about." Kai pula pening melihat Qaid meninggalkan dia seorang di situ.

================================

Nuryn resah. Qaid tidak bersimpati dengan dia kan. Mengapa Qaid harus memperjudikan hidupnya demi seorang Nuryn. Nuryn yang bukan siapa-siapa bagi Qaid cuma bekas rakan sekelas. What's your game Qaid.

Nak buat kerja pun rasanya fikirannya dah ke Laut Atlantik. Bergelora hebat dengan ombak setinggi gunung. Harap dia tidak sampai ke Bermuda Triangle, nanti hilang ditelan tempat berpuaka itu, tidak akan berjumpa sesiapa lagi.

Nuryn minta pulang awal dan Mr.Samy membenarkan memandangkan Nuryn masih lagi bercuti. Tu la galak sangat nak mai kerja, akhirnya bertambah masalahnya.

Dia tidak terus pulang tapi membawa haluan ke Baling. Dia tidak tahu kenapa tetapi dia harus berjumpa umi. Fikirannya tenang bila bersama umi. Aura ketenangan umi amat diperlukan untuk menghilangkan resah dihatinya.

Setibanya di kampung Qaid, suasana hening membuatkan dia berasa tenang.
Umi, Qalisha dan Quratun Aini berasa hairan melihat kedatangan Nuryn. Keseorangan.

Nuryn memeluk umi dan menangis sesungguh hati. Tangisan yang ditahannya dari semalam lagi. Qalisha dan Quratun Aini hanya terpaku melihat drama sebabak itu tetapi hanya mampu mendiamkan diri. Akhirnya mereka meninggalkan umi dan Nuryn dan masuk ke dalam rumah.

"Dah..dah..jom masuk rumah dulu. Satgi cerita kat umi apa yang jadi. Qaid tahu dak Yin mai sini?"

Nuryn sekadar menggelengkan kepala.

"Qaid buat sesuatu kat Nuryn?"

Nuryn angguk kemudian geleng tapi mulut masih lagi tidak berbunyi.

"Nuryn dah solat?"

Geleng lagi.

"Dah pergi ambil wuduk dan solat dalam bilik atas."

Nuryn hanya menurut tanpa sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Umi hanya mampu mengeluh. Pasti berat masalah Nuryn dan umi mengambil kesempatan ketiadaan Nuryn dengan menelefon Qaid. Mungkin Qaid tahu sedikit masalah Nuryn. Umi menamatkan perbualan setelah Nuryn selesai solat.

Nuryn berdiri tegak di hadapan umi dan memberi senyuman manis kepada umi. Rasanya dia dah tenang sedikit selepas solat tadi.

"Umi, Yin minta maaf sebab datang tak beritahu umi dan Yin minta maaf sebab tak jawab apa yang umi tanya tadi. Yin serabut sangat. Masalah datang bertimpa-timpa..lepas satu..
satu. Apa dosa Yin, Umi?"

"Mai duduk sini dulu." Umi menarik tangan Nuryn dan mengajaknya duduk di meja makan.

Qalisha dan Quratun Aini sudah menghidangkan teh dan karipap di atas meja. Nuryn yang melihat kuih karipap terus menjerit suka.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now