QN 48

2.4K 105 4
                                    

Qaid Uzair bin Haji Qadir..aku nikahkan dikau dengan anak aku Nuryn Farhanah binti Azizan dengan mas kahwin RM 1000 tunai.

Selesai paklang mengakad Qaid, Nuryn terpelangah..wajah terus diangkat..memandang ke hadapan.

Wait!!! What???

Nama siapa yang bapa sebut tadi? Aku tak salah dengarkan. Baru Nuryn perasan orang yang duduk di hadapannya. Tampang jejaka yang duduk bersila di hadapannya, dipandang dengan penuh minat.

Nuryn memerhati pula rakan-rakan pengantin lelaki yang duduk di sebelah kanan dan kiri pengantin. Dia memerhati seorang demi seorang. Ya Allah..baru dia perasan.

Kelihatan Ghadi, Kai dan Orlando di sebelah kiri Qaid. Di sebelah kanan Qaid pula kelihatan Jai, Rahul dan seorang yang tidak dikenalinya. Nuryn rasa nak pitam. Benarkah apa yang dilihatnya atau semua itu adalah ilusi.

Ketika Nuryn leka mengelamun memikirkan apa yang dilihatnya, Qaid sudah selesai melafazkan akadnya. Nuryn terkejut mendengar suara yang menyebut SAH dan ketika Ustaz Idris hendak membaca doa, Nuryn bangun secara tiba-tiba.

"Nanti!! Berhenti!!" Nuryn lantang bersuara di tengah-tengah majlis akad nikahnya.

Semua yang berada di dalam masjid terpaku mendengar suara lantang Nuryn. Nuryn terkaku sebentar setelah semua mata memerhatinya.

Nuryn berdehem..membetulkan suaranya yang agak serak. Kecut perutnya apabila terpandang wajah mak Yam yang menjegil kearahnya. Dah macam rupa nak telan orang.

"Kenapa Nuryn?" Suara lembut tok imam, Ustaz Idris menegur Nuryn.

"Paklong, Yin rasa paklong salah orang ni. Betulkah pengantin lelaki ni bakal suami Yin?"

"Eh..eh..bakal apanya Yin dah sah jadi suami pun. Betullah dalam borang ni nama pengantin Qaid Uzair bin Haji Qadir." Jelas ustaz Idris.

"Itulah kau Nuryn, orang suruh tanya bapak kau, kau buat keras kepala tak mau tau. Sekarang siapa yang malu."
Abby marah Nuryn.

"Pak, betui ka yang ni tunang Yin?" Nuryn masih lagi ragu-ragu.

"Betui la..takkan pak tak kenai menantu pak. Pak dah jumpa banyak kali dah. Kalau tak betui pun Yin dah sah jadi isteri Qaid."

Nuryn garu kepala. Masih tak puas hati. Dia perlukan penjelasan daripada Qaid. Mengapa Qaid sembunyikan kebenaran daripadanya.

"Paklong, Yin nak minta kebenaran nak cakap dengan Qaid boleh dak? Sat ja."

"Hang ni Yin tak pernah dibuat orang nak mesyuarat masa akad nikah."

"Sat ja." Rayu Nuryn.

"Yin jangan buat malu mak la." Mak Yam dah mula nak naik angin.

"Tak pa Yam..kita bagi peluang kat dia." Kata ustaz Idris.

"Isyy macam-macam la budak ni." Mak Yam merungut tidak puashati.

Qaid minta kebenaran untuk berbicara dengan Nuryn. Mereka berdua pergi ke satu sudut masjid untuk berbicara dari hati ke hati. Mereka berdiri berhadapan antara satu sama lain. Qaid tersenyum manis melihat Nuryn.

"Cantik kau hari ni." Komen pertama Qaid.

Nuryn ketap bibir. Agak marah dengan komen Qaid.

"Wait! Kenapa kau tak bagitau aku yang umi yang pinangkan aku hari tu?"

"Eh! kau yang tak mau tahu siapa bakal suami kau kan jadi aku diam diri ja la."

"At least bagitau la kat aku supaya aku tak bermuram durja terkenangkan aku terpaksa tolak lamaran kau hari tu."

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now