QN 49

2.4K 103 3
                                    

Kenduri di rumah SM(B) Azizan aka Paklang dan Mak Yam begitu meriah sekali. Maklumlah menyambut menantu sulung. Mata kawan-kawan mak Yam sibuk meninjau ke dalam khemah. Mereka nak tengok menantu mak Yam.

Makcik-makcik bawang kecil, besar serta holand kalut hendak melihat menantu yang mak Yam kata kacak sangat tu. Biasalah masing-masing nak pertaruhkan anak menantu...siapa paling cantik, paling lawa, siapa kerja paling bagus. Semua itu akan menjadi modal untuk bersembang selama beberapa bulan akan datang.

Dari segi kerja, Mak Yam agak ke belakang kerana Nuryn hanya bekerja kilang manakala anak kawan-kawan
lain bekerja sebagai guru, pegawai tadbir, pegawai bank, jururawat dan paling lekeh pun pembantu tadbir pejabat kerajaan.Sebab itu mak Yam selalu rasa rendah diri apabila membicarakan mengenai kerjaya anak.

Pukulan kompang bergema menandakan pasangan pengantin telah tiba. Mata masing-masing terbeliak melihat pengiring pengantin iaitu Ghadi, Jai, Orlando, Kecik, Kai dan Rahul. Mahu tak terbeliak, badan mereka berenam agak sado dan tegap,
setara ahli pasukan ragbi All Blacks dari New Zealand.

Paklang dan mak Yam menyambut anak menantu dengan senyuman lebar. Nuryn segera menyalami kedua ibubapanya. Selepas bersalam dan mencium mak Yam, Nuryn mendapatkan paklang pula. Sampai kepada paklang Nuryn terus memeluk bapanya dan menangis tersedu-sedu.

"Pak..terima kasih kerana terima Qaid.
Yin sayangkan pak."

"Dah tugas seorang bapak untuk senangkan hati anaknya Yin. Jaga Qaid elok-elok..jangan duk bergaduh sangat."

"Mana ada!"

"Dah! Tak elok pengantin duk teriak, huduh sangat."

Qaid juga turut bersalam dengan ibu dan bapa mertuanya. Ketika bersalam dengan paklang, menantu dan mertua saling mengenyit mata. Bestfriend la katakan.

Nuryn mencari umi. Keluarga umi sedang berehat di dalam rumah menanti ketibaan Nuryn. Nampak saja umi, Nuryn terus meluru dan memeluk umi. Dia berasa cukup bersalah kerana tidak berjumpa umi ketika berada di masjid.

"Umi..maafkan Yin. Yin tak nampak umi kat masjid tadi. Yin tak tahu yang.."

"Syyyy..tak pa Yin, umi faham. Salah umi juga sebab berahsia dengan Yin."

Qaid hanya memerhati adegan itu dari jauh. Dia sendiri pun tak faham kenapa SM hendak berahsia sangat mengenai siapa tunang Nuryn. Entahlah mungkin SM ada sebab tertentu. Melihat Nuryn melayan umi dan adik-adiknya dengan mesra membuatkan Qaid berasa amat bertuah memiliki Nuryn.



"You..kita nak pergi kenduri rumah siapa ni?" Anita bertanya kepada Norman Aidil.

"Rumah sepupu papa I..my favourite cousin menikah hari ini."

"Your what??"

"My favourite cousin..adik sepupu yang I paling sayang."

Anita yang baru menikahi Norman tidak mengetahui yang Nuryn merupakan dua pupu kepada Norman.

"Tahniah paklang..kahwin juga budak Yin tu kan. Ingatkan nak frust sampai bila-bila."

"Dah sampai jodoh dia Man..tu pun macam-macam jadi kat dia..baru jadi."

"Dengar kata Nasrul pun nakkan dia, betul ke?"

"Haah tapi Yin tak mau."

"Siapa nak dekat budak hingus tu..
hahaha. Eh! paklang kenalkan isteri Man, Anita Wardah namanya."

Paklang hanya tersenyum kepada Anita
dan mempersilakan mereka menjamu selera. Norman mencari Nuryn dan setelah ternampak Nuryn dia terus melaung memanggil Nuryn.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now