QN 42

2K 93 1
                                    

Tatsuya pada ketika itu sedang berentap dengan Orlando, terus menumbuk muka Orlando setelah melihat Ito sedang mengugut polis-polis itu menggunakan Nuryn. Selamba saja dia berjalan menuju kearah Ito untuk menyertai Ito.

Orlando tidak jadi membalas perbuatan Tatsuya kerana dilarang oleh Ghadi. Geram melihat Tatsuya pergi begitu saja membuatkan dia menggetapkan giginya dengan kuat.

Bard dan Murad yang melihat kejadian itu cuba untuk berbuat demikian tapi tubuh mereka dipijak tanpa belas kasihan oleh Jai dan Kai.

"Jangan duk berangan!" Kata Jai dengan muka bengis sambil melepaskan satu hentakan diatas perut Bard.

"Aduhh! Sakit la." Bard merintih.

Ito dan Tatsuya keluar dan menuju ke kereta. Sampai saja Tatsuya membuka pintu malangnya tiada kunci. Dia memandang Ito, bertanyakan kunci kereta tapi Ito angkat bahu. Ito menyumpah. Kenapa pada saat genting begini kunci kereta tiada bersama dia pula.

Nuryn masih meronta-ronta di dalam pegangan Ito..ingin melepaskan diri. Ito meradang..dilayangkan satu tamparan ke pipi mulus Nuryn. Nuryn terkedu. Rasa tamparan Ito lebih pedih daripada tamparan Zakri tempohari. Rasanya ini yang dikatakan penampar Jepun. Entah-entah diwarisi daripada datuk dia yang jadi askar Jepun masa perang dunia kedua dulu rasanya.

"Kita lari masuk hutan dulu. Lepas dari polis bodoh ni kita contact orang kita ambil. Cepat kita dah tak ada pilihan."

"Hait!"

Sebagai orang suruhan yang setia Tatsuya sentiasa akur dengan arahan Ito. Kalau disuruh terjun gaung pun dia sanggup. Yakuza dan kesetiaan berpisah tiada.

Ito dan Tatsuya bergegas menuju ke belakang gudang..lari kearah hutan di belakang gudang itu. Nuryn panik. Dia tidak rela dijadikan tebusan lagi. Dia meronta dengan lebih kuat.

"Lepaskan! Lepas! Qaid tolong aku Qaid!" Jerit Nuryn dengan suara nyaring.

Ito mula rasa rimas dengan Nuryn. Dia segera menekan pada bahagian tengkok Nuryn menyebabkan Nuryn tidak sedarkan diri. Ito mengarahkan supaya Tatsuya memikul Nuryn diatas bahunya dan mereka segera menghilangkan diri di dalam kegelapan malam.

Qaid yang terdengar suara jeritan Nuryn tadi merasa amat gelisah. Dia ingin menerpa selamatkan Nuryn tapi dihalang oleh Ghadi.

"Nanti Qaid, kita selesaikan yang ada dalam gudang ini dulu..nanti kita kejar Ito."

"Tapi Qaid..bagi aku pergi dulu..aku risau nanti jadi apa-apa kat Nuryn."

"Sekarang keadaan masih gelap, mereka tak boleh pergi jauh. Sebentar lagi dah nak pagi..bila cerah baru senang kita nak jejak mereka."

"Tapi Ghadi.."

"Please wait a little longer. Aku pun risaukan keselamatan Nuryn tapi kita perlu sabar sekejap. Kau pergi salin baju operasi kau dulu. Bila backup datang baru kita pergi."

Qaid dengan langkah longlai terpaksa mengikut arahan Ghadi. Dalam hati sentiasa berdoa agar Nuryn selamat berada di tangan Ito.

"Nuryn please wait for me."

Ghadi mengarahkan semua penjenayah itu dikumpulkan di satu tempat. Mereka hanya perlu menunggu pasukan lain untuk membawa ke balai.
The Lions perlu meneruskan operasi menjejak Ito dan Nuryn pula selepas ini.

Setelah agak jauh mereka meninggalkan gudang, barulah Ito berhenti berjalan. Dia sendiri tidak tahu arah tuju mereka tapi yang penting mereka mesti jauh daripada Ghadi dan pasukannya. Dia tidak mahu ditangkap di sini. Dia harus pulang ke Jepun segera.

"Kita rehat di sini dulu. Nanti pagi baru kita cari jalan keluar. Keadaan masih gelap susah nak cari jalan."

Tatsuya sekadar mengangguk faham. Dia meletakkan Nuryn di atas tanah. Mereka berselindung di sebalik pokok yang besar, di mana akar pokok begitu besar bisa melindungi mereka bertiga.

"Tatsuya, kau ikat perempuan ni dulu. Aku takut nanti dia jaga, dia lari pula. Jangan lupa ikat sama mulut dia. Dia ni kalau jerit satu hutan boleh dengar suara dia."

Tatsuya akur dan dia tersenyum senget mengenangkan Nuryn. Bukan dia tak tahu siapa Nuryn. Dia dah lama ikut Ito. Dia kenal sebahagian pekerja kilang bapa saudara Ito. Semestinya dia kenal Nuryn yang sudah lama bekerja di situ.

Dia memerhati sekeliling, mencari tali. Dalam hutan Tatsuya, mana nak cari tali. Akhirnya dia memandang sesuatu yang boleh dijadikan tali. Dia terus menarik tudung bawal Nuryn dan dikoyakkan kepada tiga bahagian. dipintal-pintal kain sehingga menjadi seperti tali. Kemudian dia mengikat kaki, tangan dan mulut Nuryn.

Tatsuya tersenyum puas melihat hasilnya dan segera merebahkan badan. Dia perlu berehat untuk mendapatkan tenaga sebelum memulakan perjalanan keesokan hari.
Ito sudah lama terlena kerana kepenatan dan dia tidak perlu risau kerana dia pasti Tatsuya tidak akan tidur demi menjaga dirinya.

Buat pertama kalinya, Qaid tidak dapat mengikut arahan Ghadi. Selesai menukar pakaian, dia secara senyap-
senyap menjejak langkah Ito dan Tatsuya. Berbekalkan sepucuk pistol dan doa, dia mengikut jalan yang dilalui oleh Ito. Dia tidak peduli apa yang akan berlaku kelak, harapannya cuma satu..selamatkan Nuryn.

Ghadi masih menunggu Qaid. Apa yang Qaid buat lama sangat. Takkan salin baju pun ambil masa begitu lama. Macam perempuan.

Pasukan bantuan tiba tak lama kemudian. Ghadi menyerahkan tugas membawa penjenayah yang ditahan ke balai kepada pasukan yang diketuai oleh Sarjan Hakimi.

"Tahniah ASP..jangan risau kami akan eskot mereka sehingga ke IPD. Tuan teruskan dengan misi tuan yang lain." Sarjan Hakimi memberi jaminan kepada Ghadi.

"Terima kasih Sarjan..nanti kita jumpa lagi."

Setelah semua penjenayah itu diangkut dengan trak ke IPD barulah Ghadi berasa lega. Sekarang dia dan the Lions perlu mencari Ito dan Tatsuya pula serta menyelamatkan Nuryn. Kepalanya memusing mencari Qaid yang dari tadi pergi menukar baju.

"Ghadi, bila kita nak kejar Ito ni?" Tanya Jai.

"Kita tunggu Qaid, dia buat apa tukar baju lama sangat."

"Bos, tak pernah Qaid lambat macam ni." kata Kai.

Ghadi, Jai dan Orlando saling berpandangan. Jangan kata..

"Oh shit! " Ghadi terus keluar gudang dan menuju ke kenderaan mereka.

Mereka berkejar ke kenderaan mereka dengan pantas. Kosong. Tiada kelibat Qaid. Hanya baju yang berlumuran darah saja yang terdapat di situ.

"Ghadi takkan kut.." Jai bersuara.

"He's never been like this before."

"Dia risaukan Nuryn tu sebab tu dia pergi dulu tak tunggu kita"

"Kenapa?" Rahul masih blurr.

Ghadi ketap bibir. Dia cuba bertenang. Qaid tidak pernah bantah setiap arahan yang dikeluarkan. Dia budak baik, sentiasa menjunjung arahan pihak atasan. Ghadi cuba berada di dalam kasut Qaid dan akhirnya dia akur. Untuk kali ini dia akan maafkan Qaid dan tanpa membuang masa dia mengarahkan the Lions segera mencari Qaid.

"Kita bergerak sekarang. Mungkin dia masih tak jauh, kita boleh kejar dia."

"First time Qaid ingkar arahan Ghadi. Dia ada apa-apa ka dengan budak Nuryn tu?" Jai bisik tanya Kai.

"Entahlah, aku tengok mereka kawan macam biasa ja, tak ada pun lovey dovey."

"Bercinta senyap-senyap kut..takut hang sambaq pulak."

"Haah..betullah. Hari tu aku acah-acah nak mengorat Nuryn pun dia marah aku. Dia kata Nuryn kawan lama dia."

"Cinta dah berputik la tu. Kalau dak pasai pa dia pi sorang-sorang cari Nuryn."

Hmmm..masing-masing terdiam setelah mendengar perbualan di antara Jai dan Kai. Kaki melangkah perlahan menyusur lorong menghala ke hutan. Dalam hati semua berdoa agar misi mereka berjalan lancar.

Sebentar lagi langit akan cerah kerana waktu subuh sudah sampai waktunya. Mereka berhenti sebentar untuk solat subuh. Walaupun misi perlu diteruskan tapi mengadap yang Maha Esa adalah wajib tidak kira di mana jua kita berada. Hanya dengan doa kepada Pencipta alam ini maka diharapkan agar misi dapat diselesaikan dengan jayanya.

Aamiin.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz