QN 3

2.9K 132 5
                                    

Pagi Isnin. Ramai pekerja yang mula bekerja pada hari Isnin akan mengalami sindrom Monday Blues. Memang malas hendak bekerja selepas berehat seharian pada hari Ahad.

Bagi Nuryn setiap hari adalah hari rezeki untuknya. Kerja adalah ibadah, itu yang dikatakan oleh Ustazah Asmak ketika dia bersekolah dahulu. Jika kita ikhlas dengan kerja kita, pasti kita akan dikurniakan pahala yang besar. Nuryn yakin dan dia memegang amanah ini sebaik mungkin.

Walaupun ramai yang mendakwa pekerja kilang rendah moralnya tetapi Nuryn tidak peduli. Mungkin ramai yang berkelakuan begitu namun Nuryn sedikit pun tidak rasa tergugat. Dia tahu apa yang dia lakukan dan dia tidak pernah mahu merosakkan nama baik ibubapanya.

Sebagai supervisor, Nuryn akan memastikan keadaan dan peralatan di tempat kerja bahagiannya akan sentiasa cukup dan sempurna. Pembantunya iaitu Abby, Ella dan Ogy cekap dan pantas membuat kerja dan manager bahagian itu iaitu Mr. Samy tidak perlu risau kerana dia yakin dengan kemampuan Nuryn dan anak-
anak buahnya.

Selesai morning briefing, Nuryn akan ke
work station untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit. Three stooges akan memantau dam memastikan kelancaran operasi agar tidak terhenti.

Ella mendekati Nuryn yang tekun menulis laporan.

"Hei Yin, kau nak tau tak?"

"Tak nak."

"Ishh kau ni."

"Dah kau tanya aku jawablah."

"Okey..okey.. eh kau tau tak minggu lepas ada budak store baru masuk kerja. Tiga orang, handsome tau."

"Dah tau."

"Kau dah tau? Jadi kau jumpa dulu daripada aku? It can't be."

"Haa..sorang macam mamat Korea, sorang macam hero Hindustan, lagi sorang... aku tak perasan sebab aku tak nampak muka dia."

Macam mana Nuryn nak nampak, Qaid menyorok belakang Rahul.

"Apa nama mereka?"

"Oh! Itu aku belum interview lagi. Malaslah." 

"Takkan sorang pun kau tak sangkut?"

"Tak hingin aku. Bukan taste aku."

"Heee..berlagaknya dia. Nanti kita tengok. Dengan ini saya Suhaila Suhaimi berdoa agar Nuryn Farhanah Azizan akan tergoda dengan salah seorang jejaka itu. Aamiin."

"Hei! Kau dah kenapa?"

Nuryn mengangkat tinggi buku log  untuk membaling kearah Ella tetapi Ella sempat melarikan diri. Ella tahu jika dia tidak lari alamat akan benjol dahinya. Dia ketawa mengejek kepada Nuryn. Dari jauh dia mengangkat tangan dan sapu kemukanya tanda mengamin doa yang dibuatnya tadi.

"Sengal." kutuk Nuryn.

Nuryn menyambung kerja yang terbengkalai tadi sambil kepalanya mengimbas kembali kata-kata Ella.
Risau juga jika doa Ella akan termakbul
tetapi dia sudah malas untuk mencari cinta lagi.

Dia tidak pernah bernasib baik dalam alam percintaan. Dia bukannya tidak cantik. Wajahnya agak unik kerana percampuran dari keturunan benggali+
pattani dari sebelah bapanya dan jawa+cina dari sebelah ibunya.

Kekurangannya hanyalah satu iaitu dia terlalu rendah. Ketinggiannya hanyalah lima kaki (152.5cm). Macam budak-budak pun ada, sebab itu walaupun dia sudah berumur 27 tahun tetapi sekali imbas orang akan menyangka dia baru berumur 20 tahun

Dulu dia hampir murung kerana selalu diejek pendek, bonsai, katik dan segalanya yang berkaitan benda pendek. Setelah dewasa dia mendapati rendah bukan lagi satu kekurangan tetapi satu kebanggaan kerana dia selalu dilabel muda. Hehehe.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now