QN 18

2.1K 94 0
                                    

Qaid telah mengotakan katanya untuk menjadi bodyguard tidak berbayar kepada Nuryn. Setiap hari dia akan mengambil dan membawa pulang Nuryn dari tempat kerja.

Ke mana sahaja Nuryn pergi pasti Qaid akan menemaninya. Qaid melarang Nuryn berjalan keseorangan walaupun di dalam kilang. Nuryn akan sentiasa ditemani oleh rakan-rakannya yang bertiga itu.

The three stooges sudah mengetahui kejadian yang menimpa Nuryn dan mereka secara sukarela menemani Nuryn ketika berada di kilang.

Zakri tiada ruang langsung untuk mendekati Nuryn. Hatinya membara dengan amarah yang tidak dapat dibendung lagi. Dia perlu pisahkan Nuryn daripada Qaid untuk mendapatkan Nuryn tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana caranya lagi.

Cuti minggu ini Qaid ingin balik kampung yang terletak di daerah Baling. Sudah hampir dua tahun dia tidak menjejakkan kaki ke kampung
halaman setelah kematian walidnya.

Dia merupakan anak tunggal kepada Tuan Guru Haji Qadir dan Siti Aisyah.
Ibunya meninggal ketika melahirkannya. Tuan Guru Haji Qadir berkahwin pula dengan Hajah Siti Rokiah dan mereka dikurniakan dengan enam orang cahayamata.

Bukan Qaid tidak mahu pulang ke kampung tetapi tuntutan kerjanya yang memaksa dia tidak pulang dengan kerap. Lagipun dia tidak perlu risau kerana adik-adiknya ada menemani uminya.

Sebelum berangkat dia sudah memberi seribu satu pesanan buat Nuryn.

"Nuryn, esok aku nak balik kampung. Kau jangan ke mana-mana..jangan keluar rumah..kalau nak keluar ajak SM sama..aku balik sekejap ja"

"Tudia pesanan penaja..punyalah panjang. Eh..kampung kau kat mana?"

"Kat Baling ja..kau tak pernah tahu ek."

"Entahlah aku lupa rasanya. Hehe."

Sebenarnya Nuryn memang tahu Qaid berasal dari Baling cuma dia tidak tahu kampung mana. Qaid tidak tahu yang dia tahu segalanya mengenai Qaid. Crush kan. Kalau boleh semua perkara nak ambil tahu.

"Aku nak ikut..boleh? Please..please.."

Nuryn mengejip matanya sambil membuat muka comel. Qaid tarik nafas
panjang. Kenapa hari ini dia gedik semacam ja ni. Duhai hati kau kuatlah demi menghadapi dugaan ini. Sebelum dia memberi kata putus, bunyi deringan telefon memecah kesunyian di antara mereka.

Qaid menjawab panggilan dan kelihatan kepalanya terangguk-angguk.
Butir bicara antara Qaid dan pemanggilnya tidak kedengaran tetapi Nuryn melihat wajah Qaid begitu serius. Masalah apa pula yang melanda
sehingga wajah Qaid begitu tegang.

"Dah kenapa muka macam cencurut pulak ni."

"SM call.. bapak dan mak kau nak balik kampung..dia suruh aku jadi babysitter kau lagi."

"Yes! Sayang bapak..jadi aku boleh ikut kau la ni." Nuryn tepuk tangan tanda suka.

"Boleh tapi dengan satu syarat."

"Apadia?"

"Esok nak pergi pakai tudung ..aku takut nanti umi aku tengok mau kena stroke."

"Melampaulah kau..takkan nak minta pelik-pelik berlaku kat umi kau kut."

"Taklah tapi..."

"Yalah...aku pakai..aku bukannya benak sangat sampai tak faham."

Qaid tahan senyum. Suka melihat Nuryn tarik muncung empat belas. Dah macam budak-budak tak dapat mainan.

Perjalanan menuju ke kampung Qaid mengambil masa kira-kira sejam. Nuryn yang manis bertudung bawal sangat teruja dan juga gementar untuk bertemu keluarga Qaid. Rasa macam nak jumpa mak mertua pula walaupun pada hakikatnya Qaid tidak akan sesekali membawanya pulang sebagai bakal menantu. Itu yang dia fikirkan.

Sepanjang perjalanan Qaid hanya tersenyum melihat penampilan Nuryn. Nuryn hanya mengenakan blouse labuh dan seluar slack hitam. Nuryn amat jarang memakai baju kurung. Dia pakai pun masa hari raya dan kenduri kendara. Hari biasa jangan harap dia nak pakai. Rimas katanya. Orang lasak seperti Nuryn memang perlukan pakaian yang senang dia bergerak.

Tudung bawal warna hitam dikenakan diatas kepala yang mana Qaid pun tidak tahu siapa punya. Entah-entah Nuryn ambil tudung Mak Yam agaknya.

"Kau rembat tudung Mak Yam ka? Cantik." Qaid tidak dapat tahan tawa.

"Woi! Agak-agak la. Mak aku tak pakai la tudung bawal..dia pakai tudung Ameena kut. Aku pulak tak pakai tudung lapis-lapis macam kuih lapis tu
sebab tu aku pinjam tudung Abby."

"Takkan tak ada langsung stok tudung kau?"

"Entah kat mana aku simpan pun tak tau. Hehe." Nuryn menggaru kepala disebalik tudung itu.

"Jauh lagi ka Qaid?"

"Dah hampir sampai..selepas simpang tu."

Hajah Siti Rokiah dan anak-anaknya terperanjat melihat ketibaan Qaid secara tiba-tiba itu. Hajah Siti terus menerkam dan memeluk Qaid, melepaskan rindu yang terpendam. Walaupun Qaid bukan anak kandungnya tetapi dia yang menjaga Qaid sejak Qaid kehilangan ibu kandungnya. Kasihnya kepada Qaid amat besar malah melebihi anak-anak kandungnya sendiri.

"Ya Allah Uzair, umi rindu sangat kat kau nak. Awat lama tak balik? Marah kat umi ka?"

"Umi jangan cakap macam tu. Chek kerja kan. Chek balik dah ni kan. Umi jangan la teriak..malu kat orang aih."

Lembutnya suara Qaid apabila bercakap dengan uminya. Nuryn tutup mulut menahan tawa. Amboi Qaid dengan umi cakap lembut gigi dari lidah. Akhirnya kerana tidak tahan terlepas juga tawanya.

Tawa Nuryn telah mengalih tumpuan umi daripada Qaid. Dia melepaskan pelukan dan menjenguk disebalik tubuh Qaid. Kelihatan seorang gadis kecil sedang berdiri di belakang Qaid.
Nuryn mengangkat tangan tanda 'hai'
kepada Hajah Siti Rokiah. Senyuman manis terukir dibibirnya.

"Uzair bawak lari budak sekolah mana nak? Baik-baik Uzair nanti kena pelangkung dengan mak bapak dia susah kita nanti." bisik Hajah Siti.

Qaid ketawa lepas. Lucu dengan tanggapan uminya. Memang Nuryn kelihatan seperti budak sekolah dengan cara berpakaian begitu. Rasanya adik-
adik perempuannya lebih tinggi daripada Nuryn.

"Umi nii..tu kawan sekerja chek. Kami dulu pernah satu kelas masa Tingkatan Enam dulu. Kira kami dah lama kenal."

Sebelum umi buat spekulasi yang bukan-bukan lebih baik Qaid terangkan secara terperinci kepada umi dahulu. Kelihatan juga dua orang adik-adiknya sedang tersengih lebar di muka pintu.

Qaid menggamit Nuryn supaya mampir dekat uminya. Nuryn dengan gaya lemah lembut (yang terpaksa dia lakukan) mendekati Hajah Siti Rokiah dan terus bersalam dan mencium kekura tangan umi Qaid.

Qaid tersenyum senang melihat Nuryn yang kelihatan amat bersopan santun ketika berhadapan dengan umi. Dia juga rasakan Nuryn bukan berpura-
pura ketika bersalam dengan umi dan dia dapat melihat keikhlasan di mata Nuryn.

Mungkin dahulu dia salah sangka terhadap Nuryn. Nuryn dahulu seorang yang garang, suara seperti petir dan suka bergaduh dengannya menyebabkan dia tidak suka dengan gadis ini. Dia lebih tertarik kepada kawan Nuryn iaitu Anita Wardah yang lebih lembut, bersopan santun dan bersuara lembut.

Qaid melihat umi sudah merangkul bahu Nuryn dan membawanya masuk ke dalam rumah. Nampak mesra dan Nuryn langsung tidak kelihatan kekok.
Berkenalan pula dengan adik-adiknya yang kelihatan teruja melihat Nuryn.

Entah ayat apa yang Nuryn pakai sehingga keluarganya boleh terima dengan mudah. Keluarga Tuan Guru Haji Qadir sememangnya amat sukar menerima kehadiran orang luar. Sebab itu Qaid tidak pernah membawa sesiapapun balik ke kampung.

Something or someone has changed my family. Is it a good news or not?

************************************

Thank you for reading and vote.

Terima kasih juga kepada anda yang follow CikInzzz.

Salam sayang💗: CikInzzz

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now