QN 23

2.1K 99 0
                                    

Zakri memecut laju kereta menuju ke
jalan besar. Dipersimpangan jalan dia buntu samada hendak menuju ke pekan Baling atau ke Pengkalan Hulu.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menuju kearah Pengkalan Hulu.

Walaupun jalan itu berbukit dan hutan kiri kanan jalan tetapi Zakri tidak kisah. Lebih sunyi lebih baik. Kalau terdesak dia boleh bawa lari Nuryn masuk ke dalam hutan.

Desperate.. dia amat terdesak untuk memiliki Nuryn. Cara yang tidak direstui tetapi dia terdesak sangat. Kalau dia tidak boleh dapatkan Nuryn maka orang lain pun tak boleh. Dia nekad.

Nuryn disebelah terhoyong-hayang
mengikut gerakan kereta yang dipandu Zakri. Sesekali dia menjerit apabila kereta hampir terbabas. Rasa nak termuntah tak terkira. Nasib baik tadi tak sempat makan. Kalau tidak dah terburai segala makanan yang tersimpan di dalam perutnya.

Nuryn ingin sekali melepaskan diri dari cengkaman Zakri. Rasa macam nak terjun dari kereta tapi melihat kepada kelajuan kereta tersebut, rasa seriau pula. Jalan pula mendaki bukit.
Kalau dia boleh terjun pun rasanya tubuhnya akan tergolek menuruni bukit itu.

Ngeri. Nuryn masih sayangkan nyawanya. Dia masih mahu berbakti kepada kedua ibubapanya. Dia masih mahu berkeluarga seperti orang lain.
Dalam keadaan genting pun kau masih boleh fikir bab kahwin..Nuryn. Dia ingin tersenyum memikirkan perkara itu tapi bibirnya tidak mampu untuk berbuat demikian. Nyawanya dihujung tanduk sekarang. Bila-bila masa boleh melayang. Mengucap Nuryn.

Sh**!! Makian dari Zakri menyedarkan Nuryn. Zakri sudah menyedari dirinya dikejar polis. Zakri melajukan kereta. Dia tidak mahu mengalah sama sekali.
Nuryn di sebelah sudah ketar lutut.

"Zak..ri..to..lo..ng..se..rah..di..ri..sa..ja."
Nuryn cuba melambatkan Zakri dengan bercakap dengannya.

"O..key..aku..jan..ji ikut..kau. Nan..ti..
aku..ba..gi..tau..yang aku..i..kut..kau."

"Kau rasa aku percaya cakap kau hah!
Aku tak kan terpedaya."

Tangan kirinya menarik rambut Nuryn dengan kuat sehingga kepala Nuryn tertarik kearah Zakri. Tangan kanan
tetap mengawal stereng dengan cekap.

"Walau apapun yang terjadi aku tetap akan bawa kau bersama..walaupun ke dalam neraka. Hahaha."

Nuryn hanya mampu menikus di tempat duduknya. Airmata bergenang ditubir mata. Sedih kerana rayuannya tidak diendah Zakri. Dia hanya mampu berdoa agar dia dapat diselamatkan. Dia memandang ke belakang.

Kelihatan dua buah kenderaan polis tanpa putus asa sedang mengejar mereka. Dia melihat pun gerun. Rasanya Toretto dalam Fast and Furious pun tabik tengok mereka saling berkejaran. Jalan berbukit lagi. Aduh Nuryn sempat lagi tu.

Setiba di selekoh berdekatan RnR Gunung Inas, Zakri menyumpah lagi.
Polis sudah membuat sekatan jalan. Zakri tiada jalan lain kecuali berpatah balik. Dia masuk ke kawasan RnR dan membuat pusingan U.

Malangnya keretanya berjaya disekat depan belakang oleh kereta Qaid dan Orlando. Ghadi, Qaid, Orlando dan Jai segera keluar dari kereta masing-
masing dan mengacukan senjata mereka kearah kereta Zakri.

"Zakri Isa! Serah diri sekarang. Awak dah tak dapat lari lagi."

Zakri menggigil menahan marah. Hancur rancangannya. Menyerah diri tiada dalam rancangan penculikan ini.
Fikir..Zakri..Fikir. Macam mana nak buat supaya terlepas dari polis

Nuryn rasa inilah peluang untuk dia melepaskan diri. Secara perlahan dia meletakkan jari telunjuk di pemegang pintu dengan harapan Zakri tidak perasan dia berbuat begitu. Zakri pada ketika itu sedang memikirkan cara untuk lari dari polis dan tumpuannya tidak kepada Nuryn.

Klik! Nuryn berjaya buka pintu tetapi baru sahaja Nuryn hendak melangkah keluar, Zakri sudah menyedari tindakannya. Dengan perasaan marah Zakri terus menarik rambut Nuryn sekuat hati sehingga Nuryn menjerit dengan kuat.

Arrrggghhh!!! Jeritan itu mengejutkan Qaid dan rakan-rakannya. Mereka bersiap siaga untuk bertindak. Zakri pula mengeluarkan pisau lapah dan menarik Nuryn keluar dari kereta. Dia merangkul leher dan mengheret Nuryn ke tepi tembok penghadang.

Nuryn hampir pitam melihat pisau yang begitu tajam diacu dilehernya. Sekali pisau itu ditarik ke leher, selamat tinggal dunia. Peluh merecik lebat di dahi, mulut ingin menyatakan sesuatu tetapi suara pula tidak mahu keluar. Tenggorok pun rasa ngilu.

Qaid yang melihat kejadian itu tergamam seketika. Jari yang berada di picu pistol sudah tergerak-gerak untuk melepaskan tembakan. Akalnya pula menyuruh dia bersabar. Tindakan terburu-buru akan membawa padah. Dia tahu itu. Dia perlu menunggu arahan daripada Ghadi.

"Zakri..lepaskan Nuryn. Serah diri sekarang."

"Jangan harap! Kau orang ketepi..kalau tidak aku sembelih perempuan ini. Bagi aku lepas!"

Lutut Nuryn berasa lembik bila mendengar perkataan sembelih. Dia ingat aku ni lembu nak sembelih. Pisau yang diletakkan di leher berasa amat sejuk..sesejuk hatinya ketika ini.

Qaid pula rasa amat gementar. Rasa takut merajai hati melihat Nuryn diancam begitu. Janji kepada SM untuk menjaga Nuryn terlerai begitu sahaja. Tidak disangka percutian di kampung memberi pengalaman yang pahit untuk Nuryn dan juga dirinya.

Ghadi mengarahkan rakan-rakannya bergerak secara perlahan menuju kearah Zakri. Zakri gelabah melihat polis berempat mara kearahnya.

"Jangan dekat! Kalau tak perempuan ni mati."

"Okey..okey..kami tak pergi dekat..
lepaskan Nuryn..kami tak tangkap awak..cuma lepaskan Nuryn." Ghadi cuba berdiplomasi.

"Kau ingat aku bodoh! Hei polis! Lebih baik kau orang pergi dari sini sebelum apa-apa jadi kat dia ni."

Qaid ketap gigi. Degilnya si Zakri ni. Apa aku nak buat ni? Jika cara lembut tak jalan, mereka mesti buat cara yang lebih drastik. Nuryn pula amat terseksa apabila tangan Zakri masih melengkar erat di leher. Hampir putus nyawa bila dicekik begitu.

Tiba-tiba datang satu idea difikirannya.
Jika polis tidak dapat berbuat apa-apa demi keselamatannya kenapa tidak dia sendiri yang cuba selamatkan dirinya?
Tanpa berfikir panjang dia terus menggigit tangan Zakri yang memaut di lehernya dengan sekuat hati.

Gigitan Nuryn menyebabkan Zakri menjerit dan melepaskan pegangannya. Terasa pegangan Zakri sudah longgar, Nuryn segera meloloskan diri. Melihat keadaan itu Qaid terus mengangkat senjatanya dan menembak Zakri mengenai bahunya.

Zakri sempat menyambar tangan Nuryn dan menarik Nuryn ke belakang. Nuryn hilang keseimbangan,
tergolek jatuh ke dalam gaung. Jeritan Nuryn melangsi di atas Gunung Inas.

Qaid terpegun..begitu juga Zakri. Zakri tidak menyangka perbuatannya akan menyebabkan Nuryn ditimpa bala.

NURYN!!! Serentak mereka berdua memanggil nama Nuryn. Qaid lari pantas menuju ke tebing. Nuryn tidak kelihatan di situ. Entah berapa jauh Nuryn jatuh. Qaid ingin turun segera tetapi dihalang oleh Jai.

"Nanti Qaid..aku ambil tali dulu. Bahaya kalau kau turun begitu saja."

Zakri yang mendengar Jai memanggil nama Qaid terlangut memandang polis yang bernama Qaid. Dia tidak dapat mengecam Qaid kerana mereka berempat memakai topeng menutupi muka. Akhirnya Qaid membuka topeng mukanya.

"Qaid?" Zakri terkejut melihat identiti Qaid.

"Ya, aku Qaid, you messed with the wrong person and yes I'm a police."

Zakri hanya menunduk. Dia sudah tidak dapat bergerak kerana dipegang oleh Orlando. Sememangnya dia salah langkah hari ini. Lawannya bukan calang-calang orang tetapi dia masih boleh lagi tersenyum memandang Qaid.

"Kalau aku tak dapat Nuryn, kau pun takkan dapat dia. Mesti dia dah mati jatuh dalam gaung tu. Hahaa."

Bukk! Satu tumbukan singgah di muka Zakri. Ghadi menahan Qaid dari bertindak dengan lebih lanjut.

"Jangan..biar aku handle dia. Kau cari Nuryn."

Qaid akur dan bersedia untuk turun ke dalam gaung yang dalam.

Be safe Nuryn..I'm coming for you.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now