QN 30

2.1K 93 0
                                    

Rahul berlari menuju ke arah Qaid dan Kai yang sedang mengangkat kotak masuk ke dalam lori. Dia membisik sesuatu kepada Qaid dan Qaid berhenti membuat kerjanya serta merta. Dia dan Kai menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Rahul..belakang bangunan setor.

Melangkah tanpa derap..kecekapan
mereka..menyusur di tepi bangunan..
mengintip insan-insan yang sedang berbicara. Kelihatan Mr.Ito, Mr.Lim dan Bard salah seorang pekerja setor sedang berbincang di situ.

Muka Mr.Ito kelihatan merah seperti udang sedang dibakar..entah kerana panas atau marah tidak dapat dipastikan tetapi roman wajahnya kelihatan kusut.

"Apa dah jadi Lim? Kenapa Zakri bodoh sangat..buat kerja tak pakai akal." Suara Ito memecah kesunyian.

Jangan hairan.. Ito Nakamura boleh berbahasa Malaysia. Dah lama tinggal di sini jadi tiada masalah untuk bercakap dalam bahasa Malaysia. Ramai bangsa asing yang datang sini boleh bercakap bahasa Malaysia dan menetap di sini pun. Berkahwin dengan anak tempatan bukan perkara yang luar biasa lagi.

"Jangan risau Ito, Zakri tak kan buka mulut. Dia tahu akibatnya jika dia pecah rahsia." Mr.Lim beri jaminan.

"Pastikan dia tak bocorkan rahsia kita.
Bard kau ganti Zakri. Pastikan barang kita sampai dengan selamat" Pesan Ito lagi.

"Baik bos." Jawab Mr.Lim dan Bard serentak.

Tiba-tiba bunyi deringan telefon mengejutkan mereka. Serentak mereka berpaling ke arah bunyi tersebut.

Pada ketika itu juga Qaid,Kai dan Rahul terpaku dengan bunyi deringan telefon Qaid. Qaid hanya mampu tersengih dan mengarahkan Rahul dan Kai bersembunyi disebalik tong sampah yang terdapat di situ.

Sebaik sahaja Kai dan Rahul menyembunyikan diri, muncul Mr.Ito dan Mr.Lim berhadapan dengan Qaid yang ketika itu sedang menjawab panggilan.

"Qaid! Kau buat apa kat sini. Kau ponteng ya." Nada suara Mr.Lim begitu keras memarahi Qaid.

"Maaf Mr.Lim..Mr.Ito..saya nak cakap private sikit dengan awek saya. Ada masalah sikit..tu sebab kena mai sini..kat dalam setor nanti orang dengar." Qaid memberi alasan yang dirasanya agak munasabah.

"Hmm sekarang waktu kerja..jangan buat macam ini la. Habis kerja awak nak cakap sampai besok pun tak apa la." Nasihat Mr.Lim.

"Baik Mr.Lim..lain kali saya tak buat lagi..hari ni last." Qaid angkat tangan kanan seperti angkat sumpah.

"Itulah..orang nak bercinta dia pun nak bercinta. Masa kerja pun nak gaduh. Cepat-cepat kahwin maa..jangan jadi sama itu Zakri..sudah gila kerana cinta." Leter Mr.Lim.

Mr.Ito hanya tersengih sambil mengangguk kepala tanda setuju. Malas nak komen bab cinta ni sebab dia sendiri tak mahu bercinta. Dia lebih suka perhubungan one night stand saja atau budak-budak sekarang sebut touch and go.

"Sudah habis cakap pergi sambung kerja."

"Baik Mr.Lim..Mr.Ito."

Setelah Mr.Ito dan Mr.Lim beredar, barulah Kai dan Rahul keluar dari persembunyian mereka. Kai urut dada.

"Fuhh! Nasib baik sempat menyorok."

"Yalah nasib tak kantoi." Rahul dah berpeluh teruk hingga basah baju.

Qaid masih bercakap dengan umi dan tidak lama kemudian barulah dia menamatkan perbualan dengan umi.

"Siapa call?"

"Umi." Jawab Qaid..pendek.

"Amboi tadi bukan main kelentong Mr.Lim..awek konon." Gelak Kai.

"Yang kau ni basah satu badan kenapa?Panas ka takut?" Kai ketawakan Rahul.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now