QN 33

2K 93 3
                                    

Mr.Lim berjumpa dengan Ito Nakamura dengan wajah cemas. Berita yang diterimanya tadi pasti membuatkan Ito naik angin..naik hantu dan naik darah tinggi. Dia sendiri tidak pasti nasibnya sebentar lagi.

"Hah Lim! What's wrong?"

"Habis kita Ito. Lori kita kena tahan semalam." Lim tercungap-cungap menyampaikan berita.

"Jadi?" Ito masih lagi selamba melayan Lim.

Lim hairan melihat Ito yang tidak terkejut langsung mendengar berita tersebut. Selalunya jika ada berita yang tidak menyenangkan Ito akan mengamuk habis-habisan. Kalau Ito mengamuk pasti ada anak buahnya yang akan masuk hospital.

"Apa jadi dengan barang kita?" Tanya Ito.

"Barang kita? Err..err..barang kita tak kena apa-apa pun." Lim garu kepala.

"Then why are you looked so scared? Our goods are not in that truck." Ito ketawa melihat kegelabahan Lim.

"Tak saya terkejut saja..terlupa yang kita tak shipped barang tu semalam."

"Instinct aku betul semalam. Rasa tak sedap hati sebab tu aku tak hantar barang tu. Rasanya ada orang intip kita sekarang."

"Betulkah? Siapa?" Lim dah mula cuak.

"Aku masih belum tahu siapa tapi ada di kalangan kita yang dah belot."

"Bahayalah kalau macam ni."

"Ya aku tahu..jadi aku cadangkan kita stop buat sementara waktu. Bila dah clear baru kita mula balik."

Lim hanya mengangguk setuju. Dia sendiri tidak boleh bercakap banyak kerana hanya Ito yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dia sendiri tidak mahu menaikkan darah Ito sebab kesannya amat parah jika melanggar arahan Ito.

Laungan dari Shinji Takahashi mengejutkan Ito dan Lim. Ito mengarahkan Lim beredar dari situ.Lim segera pergi meninggalkan Ito dan membiarkan Ito menjelaskan segalanya kepada Shinji.

"Ito, aku dengar lori kita kena tahan dengan polis, kenapa?" Shinji yang baru mendapat berita segera bertanyakan Ito, orang kuatnya.

"Tak ada apalah. Polis cuma buat kerja rutin mereka saja. Check itu roadtax, pemandu dan barang kita saja. Kita tak buat salah apa pun."

"Tak pernah-pernah polis tahan lori, apa kes? Kita tak bawa barang salah kan."

"Selama ini kita ada bawa barang salah kah? Tak adakan. Jangan prejudis sangat boleh tak? Aku dah lama kerja sini, aku taulah nak buat kerja aku."
Nada suara Ito sudah naik seoktaf.

"Okey..okey..jangan marah..aku tanya saja..aku percayakan kau."

Shinji terpaksa beralah. Dia baru sahaja memegang tampuk kilang tersebut tetapi Ito telah lama bersama bapanya. Jika bapanya Mr.Saeki percaya kepada Ito maka dia juga perlu percayakan Ito. Lagipun mereka bersaudara.Air dicincang tak akan putus.

Qaid senyap memandang lantai. Begitu juga dengan Kai dan Rahul. Mereka sedang berdiri di hadapan ACP Zaini. Wajah ACP Zaini merah menahan marah. Dia sedaya upaya menahan dari mengeluarkan sebarang perkataan
yang kesat terhadap mereka bertiga.

Kegagalan operasi semalam amat mendukacitakan Tuan Zaini. Kes ini berlanjutan terlalu lama tetapi tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan. Dia menyangka dengan meletakkan pasukan yang hebat seperti pasukan Ghadi, mereka dapat menyelesaikan masalah pengedaran dadah dengan cepat.

Malangnya serbuan pertama sudah gagal. Perkara ini pasti mencacatkan prestasinya sendiri. Yang pasti Tuan Zaini mempunyai cita-cita yang amat tinggi. Dia mahu menjawat jawatan yang paling tinggi dalam PDRM, maka dia amat berharap menyelesaikan kes berprofil tinggi agar dia dapat naik pangkat dengan cepat.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now