QN 6

2.4K 110 1
                                    

Serabut! Nuryn sangat serabut pagi ini.
Semua kerja yang dia pegang semuanya tidak menjadi. Rakan baiknya three stooges itu pun tidak berani tegur sebab awal-awal pagi lagi Nuryn sudah mengamuk.

Dalam line itu sudah lali bila mendengar suara Nuryn menyinga. Budak-budak line dia buat kerja sehingga tidak panggung kepala. Suasana sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi mesin yang berjalan.

Mr.Samy sendiri tidak akan menegur Nuryn jika Nuryn dalam keadaan begitu. Dia tahu Nuryn akan sejuk dengan sendiri apabila tiba masanya.
Dia tidak risau sebab Nuryn tetap lakukan tugasnya dengan baik.

"Wei! Pasaipa tu?" Ella rasa tidak selesa setelah agak lama keadaan menjadi tegang.

"Mana aku tau. Period kut." Abby buat telahan sendiri.

"Eh! Kalau period dia duk diam ja." Sebagai sahabat karib Ogy pun tahu hal luar dalam Nuryn.

"Minggu lepas dia ada kata nak balik kampung. Tok Pah suruh balik."

"Sah. Mesti bergaduh lagi dengan Tok Pah. Hangpa bukan tak tau Yin dengan Tok Pah kalau jumpa mesti macam Blackie dengan Snowie."

"Blackie? Snowie? Siapa tu?" Ella garu kepala. Apa yang pelik sangat nama orang sekarang ni.

"Snowie kucing aku. Blackie anjing jiran aku."

"Ooo bagai anjing dengan kucing."

"Tapikan pasaipa kita duk bisik-bisik?"

Ketiga mereka berpandangan sesama sendiri dan kemudian bunyi ketawa meletus dengan kuat. Tiba-tiba ketawa mereka terhenti apabila terpandang Nuryn yang sudah cekak pinggang.
Matanya merenung tajam kearah mereka bertiga.

"Alamak! Mak rimau dah mai . Cabutt!!"

Nuryn hanya tersengih jahat melihat rakan-rakannya kalut membuat kerja. Baru puas hatinya. Dari tadi asyik membawang, kerja satu pun tak jalan.

Nuryn mengeluh. Dia rasa kesal kerana terbawa-bawa sakit hatinya di tempat kerja. Kesian rakan-rakannya yang menerima tempias amukannya.

Dia terkenangkan peristiwa semalam.

"Yin..Tak..Setuju.."

"Kenapa Yin?"

Pak Lang hairan. Nuryn tidak pernah membantah apa yang diaturkan kepadanya dulu. Semasa bertunang dulu pun Nuryn tidak membantah walhal Nuryn tidak kenal pun bakal tunangnya. Dia menerima dengan sepenuh hati.

Kenapa Nuryn menolak sekarang? Nuryn dah berpunya ke? Bukan Nuryn tidak kenal dengan Azmir, sepupunya sendiri. Mereka pernah rapat dahulu, malah dah macam belangkas. Di mana ada Azmir di situ juga ada Nuryn.

Hubungan mereka renggang setelah Azmir melanjutkan pelajaran ke luar negara. Nuryn menyepikan diri selepas Azmir tidak menghubunginya lagi.

"Yin malu la pak."

"Malu apa pula. Bukannya Yin tak dak hidung."

Mak  Yam gelak suka. Masa berbincang serius pun Pak Lang sempat buat lawak. Mak Yam faham sangat peel Pak Lang. Lawak dan Pak Lang tidak boleh dipisahkan. Sebab itu dia sayang sangat dengan Pak Lang.

"Bukan macam tu la pak. Yin malu sebab abang Mir kerja besaq, Yin kerja kilang ja."

"Yin jangan risaulah. Pak kenai mak ngah macam mana. Dia mesti setuju punya."

'Masalahnya mak ngah bukan suka kita.' Nuryn hanya mampu berkata dalam hati. Tidak sanggup dia hendak meluahkan kepada Pak Lang. Dia tahu Pak Lang amat sayangkan adik beradiknya. Malangnya Pak Lang tidak dapat melihat betapa hipokritnya mak ngah terhadap adiknya sendiri.

"Kalau Yin sayang pak, Yin terima saja abang Mir tu ya. Yin kena balas jasa tok  sebab pernah bela Yin dulu."

Nuryn hanya mampu angguk kepala apabila Pak Lang buat ayat sendu.
Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati.

Deringan telefon yang kuat telah mengembalikan Nuryn ke alam nyata. Tanpa berlengah dia mengangkat gagang.

"Yes, Nuryn here. Can I help you?"

Tidak perlu berbasa basi sebab dia tahu panggilan itu dari store setelah dia melihat extension dari telefonnya.

"Amboi Nuryn, dengan abang Jo pun nak speaking." Johan ingin beramah mesra dengan Nuryn.

"Haa abang Jo nak apa?"

"Awat yang cengil sangat pagi ni?" Johan hairan mendengar suara Nuryn yang tidak mesra seperti selalu.

"Saya breakfast tebuan pagi tadi. Abang Jo nak?"

'Alamak! Nuryn mengamuk, mampus aku.' Johan sudah kalut apabila menyedari Nuryn dalam mood yang tidak elok.

"Tak pa, abang Jo dah makan tadi. Terima kasih Nuryn. Err Nuryn mai sini sat boleh dak? Ada barang untuk Mr.Samy." Johan melunakkan suaranya
agar dapat melembutkan hati Nuryn.

"Okey, saya pergi sekarang."

Fuhh! Johan tarik nafas. Nasib baik sempat tarik handbrake. Kalau dia melalut tadi, mau dia kena pelangkung
dengan Nuryn. Semua orang lama di
kilang itu tahu jika Nuryn mengamuk,
Mr.Saeki pun tak berani tegur.

"Kenapa bos?" Rahul hairan melihat muka Johan berkerut macam makan asam selepas bercakap di telefon.

"Budak Nuryn tu, kalau mengamuk mau terbalik kilang ni."

"Supervisor kecil comel tu ka?"

"Haa dia lah."

Qaid yang mendengar perbualan Johan dan Rahul hanya tersenyum. Walaupun sudah berpisah lama, nampaknya perangai Nuryn yang satu ini masih belum berubah. Nuryn dan amuk tidak dapat dipisahkan.

Ketika di sekolah, Nuryn pantang dicuit
maka akan kedengaran suaranya yang lantang memarahi sesiapa sahaja. Hanya rakan baiknya, Anita yang mampu menenangkan Nuryn.

Nuryn dan Anita. Seorang seperti api dan seorang lagi seperti air tetapi mereka tetap berkawan rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Dan semestinya Nuryn adalah api.

GEDEBUSHH!!! Berterbangan kotak-
kotak yang Qaid pegang selepas dirempuh oleh seseorang.

"Ya Allah! sorry..sorry..my mistake..I didn't look..my bad."

Nuryn kalut meminta maaf tanpa melihat gerangan yang dilanggarnya. Dia terus mengutip kotak yang jatuh dan meletakkan kembali diatas tangan mangsa yang dirempuhnya.Ketika hendak meletakkan kotak yang terakhir barulah dia memandang wajah lelaki yang dilanggarnya.

Secara tak langsung bergema lagu Paku dari Ara Johari. Sememangnya mereka berdua terpaku apabila memandang antara satu sama lain. Kotak yang dipegang Nuryn jatuh ke lantai, terkejut melihat insan dihadapannya.

Airmata Nuryn bergenang ditubir matanya, sekali kejip rasanya berderai juga airmatanya. Dia tidak sangka akan bertemu Qaid dengan cara begitu.

"Qaid..Qaid Uzair..is it you?"

"Yes Nuryn Farhanah..it's me."

Nuryn menutup mulut dengan tangannya. Rasa tidak percaya bersatu dengan rasa terkejut. Bibir bergerak-
gerak tetapi tiada suara yang terkeluar.
Tergamam.

Nuryn tidak faham kenapa dia bereaksi sebegitu rupa. Bukan jumpa artis pujaan pun cuma rakan sekelasnya dulu. Bukan sekadar rakan sekelas biasa tetapi crush yang dia cuba lupakan selama ini.

Rakan-rakan Qaid di bahagian store  turut tergamam menyaksikan drama yang tidak dijangka itu. Wajah Nuryn pucat seperti dia nampak hantu.

Tubuh Nuryn tiba-tiba longlai dan jatuh terduduk. Semua yang berada di situ menjerit serentak.

NURYN!!!!!


💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥

So kenapa Nuryn terkejut sangat ni?

Masih ada rasa cinta dihatinya?

Okay next chapter.

Thanks for reading and vote.

      💕💕💕 CikInzzz 💕💕💕


 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now