QN 43

2K 92 5
                                    

Nuryn memandang sekeliling. Cantiknya pemandangan. Tidak pernah dia melihat pemandangan yang sebegini cantik seumur hidupnya. Kalau pemandangan sawah padi tokwan Ali yang berlatar belakangkan Gunung Jerai itu selalu dia tengok.

Tapi pemandangan di hadapan matanya amat memukau dan mendamaikan jiwanya. Warna merah jambu menguasai kawasan taman itu. Bunga sakura yang sedang kembang mekar kelihatan begitu indah dimatanya.

Nuryn bukanlah peminat warna merah jambu tetapi melihat bunga yang berwarna lembut itu tiba-tiba hatinya menjadi seperti jeli..lembik. Sedang dia asyik menikmati keindahan bunga sakura, dia terbau wangian yang agak keras seperti bau minyak wangi lelaki.

Namanya diseru lembut. Nuryn..Nuryn.
Mendayu-dayu. Nuryn tersenyum senang. Baru dia teringat dia ke sini kerana sedang berbulan madu dengan Qaid. Pasti Qaid memanggil dia setelah melihat dia begitu asyik dengan bunga sakura tanpa menghiraukan Qaid.

Nuryn berpaling mencari wajah Qaid tetapi senyuman Nuryn kendur setelah melihat bukan Qaid yang berada di hadapannya. Ito yang tersengih memandang Nuryn. Tawa Ito begitu menyeramkan dan membuatkan Nuryn terkedu. Nuryn ingin menjerit tapi suaranya tidak terkeluar. Tersekat.

Nuryn buka mata. Eh! Mana pergi warna merah jambu bunga sakura tadi? Yang kelihatan hanyalah kehijauan pokok hutan hujan khatulistiwa.

Nuryn pandang sekeliling dalam samar pagi itu. Ketika dia alih matanya ke kiri,
dia terkejut melihat Ito yang masih lena disebelahnya. Oh mm gee..kenapa Ito ada disebelahnya pula? Dia pandang ke kanan pula..Oh mm gee kuasa dua, Tatsuya pula terkebil-kebil memerhati dia.

Aku bermimpi rupanya. Takkan dia diapit oleh dua orang Jepun, boleh mimpi sakura Jepun pula. Dalam hutan pula tu. Hampeh. Kalau mimpi jumpa Kenichi Matsuyama okeylah juga. Boleh pula mimpi keluar muka Ito..
mahu pitam Nuryn.

Nuryn terus bangun..hajat di hati nak lari tapi kemudian baru dia sedar kaki dan tangannya diikat ketat. Nuryn melengung.. malas nak fikir, akhirnya dia duduk berteleku di situ. Tatsuya bangun, meregangkan badannya yang agak lesu. Dia menggerakkan Ito.

"Bos, bangun..dah pagi. Kita kena pergi segera dari sini."

Ito mengeliat. Beralih melihat Nuryn yang duduk tegak macam tugu negara. Mata Nuryn memandang ke depan..
entah apa yang Nuryn pandang pun dia tak tahu. Dia tak peduli. Apa yang penting sekarang ialah keluar dari situ dan lari dari dikejar polis.

"Good morning sunshine. Cuaca yang indah hari ini kan. Hahaha."

Nuryn tak tahu apa yang lucu sangat. Meluat tengok muka Ito. Dia pandang kearah lain. Dah la muka macam Mako Iwamatsu..tak selera nak tengok. Tatsuya mengangkat Nuryn supaya berdiri dan dia meleraikan ikatan kaki Nuryn. Dia kemudian menarik tangan Nuryn supaya mengikutnya dan Ito.

Sebelum bergerak, Nuryn terasa seperti ada sesuatu yang kurang. Kepalanya terasa berangin saja. Rambutnya serabut..tidak kemas. Tidak! Mana tudung dia? Dia lihat dipergelangan tangannya yang diikat. Macam kenal tali yang mengikatnya. Nuryn mendengus geram.

Nuryn berhenti menapak. Tatsuya di belakang hairan melihat Nuryn berhenti berjalan. Ito yang berasa dia berjalan keseorangan, berhenti dan pusing ke belakang untuk melihat apa yang berlaku.

"Kenapa kau berhenti?" Nada tidak puashati dilepaskan.

"Mmppffhh"

"Apa kau kata?" Tanya Ito geram.

Nuryn juling mata ke atas. Bodoh ke yakuza ni. Dah tutup mulut aku, boleh tanya lagi. Nuryn buat bahasa isyarat. Macam-macam cara dia guna..konon nak bagi Ito faham.

Ito mendengus lantas dia menghampiri Nuryn dan membuka ikatan mulut Nuryn.

"Hah! Kau nak cakap apa?"

"Mana tudung aku? Habis nampak aurat aku."

"Itu yang kau risaukan. Sepatutnya kau risaukan nyawa kau. Dah jangan buang masa aku. Cepat jalan."

Ito ingin mengikat kembali mulut Nuryn. Nuryn geleng kepala tanda tidak mahu.

"Tolong Mr.Ito.. jangan.. saya rayu..
tolong..jangan..saya janji saya takkan buat bising..pleaseee."

Tidak mahu membuang masa, Ito terus menarik Nuryn supaya meneruskan perjalanan. Tatsuya macam biasa, tetap membisu tapi dia sentiasa bersiap siaga.

Qaid sudah nampak apa yang berlaku dari atas sebatang pokok. Dia menjumpai Ito dari semalam lagi tapi dia tidak dapat bertindak bersendirian.
Dia telah meninggalkan jejaknya kepada Ghadi. Dia amat berharap Ghadi dapat menemui tanda yang ditinggalkan sepanjang jalan yang dilaluinya.

Sementara itu Ghadi dan the Lions meneruskan perjalanan selepas selesai solat subuh. Di pertengahan jalan, Jai melihat sesuatu di sebatang pokok.

"Ghadi! Tengok ni. Mesti Qaid yang tinggalkan untuk kita." Kata Jai gembira.

"Tadi aku marah sangat kat dia tapi aku lupa dia yang paling yang paling rasional. Cepat! Mesti dia tak jauh sekarang ni."

The Lions bergegas meneruskan perjalanan berpandukan tanda yang ditinggalkan Qaid. Tugas yang mudah kerana mereka tidak perlu mencari dalam kesamaran lagi.

Ito,Tatsuya dan Nuryn sampai di sebatang sungai. Air mengalir deras. Nuryn menjerit kegembiraan. Tekaknya teramat kering. Dia meluru ke gigi air untuk melampiaskan dahaganya. Tatsuya tidak sempat menahan Nuryn. Dia agak risau melihat aliran sungai yang agak kuat..takut Nuryn terjatuh.

Alhamdulillah..syukur kerana dapat membasahkan tekak. Nuryn minum sepuasnya. Tak kisahlah air itu tidak dimasak..yang penting dapat menghilangkan dahaga. Ito dan Tatsuya juga terpaksa minum air sungai. Apa yang ada dalam fikiran Ito sekarang dia perlu cari jalan keluar.

Kalau dia ikut aliran sungai mungkin dia dapat jumpa kampung atau penempatan penduduk. Setelah puas melepaskan lelah, dia ingin mulakan perjalanan.

"Mr.Ito, makan-makan tak ada ka? Lapar ni." Nuryn tanya setelah hampir seharian tidak makan.

Nuryn nak makan pula. Ito garu kepala. Tatsuya hanya tersengih.

"Kau ingat kita kat hotel? Dalam hutan ni mana nak cari makanan?"

"Carilah buah-buah kt dalam hutan tu. Tu kat sungai tu, boleh tangkap ikan. Lepas tu kita bakar. Sedap tau ikan bakar. Boleh berkelah tepi sungai ni kan."

Ito ketuk dahi dengan tangannya. Pening aku dapat tebusan macam ni. Tu pasal aku nak tutup mulut dia. Meledak tawa Tatsuya mendengar ulah Nuryn. Ito jegil mata kepada Tatsuya.

"Dah..dah..kau jangan nak merepek kat sini. Kita bukan makan angin di sini. Aku nak keluar dari sini secepat mungkin. Kau akan ikut aku."

"Maksud Mr.Ito?"

"You will know sooner or later."

Wajah Nuryn berubah cuak. Dia nak bawa aku pergi mana? Mana Qaid ni?

Ghadi dan the Lions akhirnya bersatu dengan Qaid. Qaid segera meminta maaf kepada Ghadi kerana tidak mengikut arahan Ghadi. Ghadi tidak mahu memanjangkan kisah dengan berdebat dengan Qaid.

Ghadi mengarahkan mereka mengambil posisi masing-masing. Ito perlu ditangkap segera. Setelah bersiap sedia, Ghadi dan Qaid muncul di hadapan Ito dan Tatsuya.

Ito dan Tatsuya terkejut dengan kemunculan Ghadi dan Qaid. Nuryn pula gembira melihat susuk Qaid dan dia amat bersyukur Qaid menjumpai
kedudukan mereka.

Satu senyuman lega diberikan kepada Qaid walaupun wajah Qaid kelihatan amat garang merenung Ito. Ito pantas menarik Nuryn kearahnya dan merangkul leher Nuryn..lagi.

Nuryn rimas..Asyik..asyik kena peluk. Kalau dengan Qaid atau Ghadi..best la juga. Ni asyik kena ancam saja. Nuryn pandang Qaid.

Qaid merenung tanpa senyuman. Senjata diacu tepat kepada Ito. Nuryn takut melihat wajah Qaid ketika ini. Jika Qaid berada dalam combat mode memang wajahnya menggerunkan sesiapa sahaja.

Nuryn memberi pandangan yang lembut kepada Qaid. Nuryn berharap Qaid tidak mendapat kecederaan yang teruk jika dia terpaksa bertempur dengan Ito atau Tatsuya.

Nuryn memejam matanya dan menuturkan sesuatu kepada Qaid. Satu ucapan yang tidak bisa didengari oleh mereka yang berada di situ.

Dengan linangan airmata..Nuryn menuturkan..

AKU CINTAKAN KAU, QAID.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now