QN 25

2.2K 101 2
                                    

Qalisha dan Quratun Aini, adik-adik Qaid begitu becok bercerita dengan Nuryn hinggakan Qaid dan umi terasa dipinggirkan. Nuryn yang melihat umi berdiri di hujung katil, menggamit memanggil umi. Setelah umi hampir Nuryn lantas menarik tangan kanan umi dan bersalam lalu mencium tangan umi. Umi hanya mampu tersenyum dan tangan kirinya menggosok kepala Nuryn.

Nuryn membisik sesuatu kepada umi dan Qaid melihat umi hanya menganggguk kepalanya. Apalah yang dibisikkan kepada umi sehingga umi senyum senang. Qaid angkat kening tapi umi hanya senyum. Umi memang tak cakap banyak, hanya senyum sahaja.

"Umi..Yin nak tanya sesuatu dekat umi boleh tak?" Tanya Nuryn sambil mata menjeling Qaid.

"Boleh..apa dia Yin?"

"Eh! Sejak bila umi boleh panggil Yin ni? Baru jumpa saja kan. Qaid nak panggil dia tak bagi pulak."

"Kami ni special bagi kak Yin, tu sebab kami boleh panggil..kan umi kan."

"Jadi abang tak special lah."

"Entahlah..tanya la kak Yin."

Sebenarnya Qaid cuba untuk mengalih perhatian Nuryn daripada bertanya kepada umi mengenai kerjanya. Mengapa Qaid susah sangat nak beritahu Nuryn? Bukan Nuryn nak heboh satu dunia pun.

Sebelum sempat Nuryn hendak buka mulut lagi, pintu biliknya dibuka oleh Tuan Hamdi disusuli oleh ASP Ghadi. Qaid segera angkat tabik kepada Tuan Hamdi. Sebelum tangan diturunkan, Qaid mengerling kearah Nuryn. Nampak Nuryn sedang senyum sinis kepadanya.

"Eh! Paksu...paksu buat apa kat sini?"

Paksu? Qaid dan Ghadi saling berpandangan. Nuryn ada hubungan keluarga dengan Tuan Hamdi ka? Tuan Hamdi yang melihat mereka tercengang mendengar Nuryn memanggilnya paksu hanya ketawa.

"Oh! Lupa saya nak beritahu. Nuryn ni anak saudara saya. Saya dan bapa Nuryn sepupu."

Qaid hanya tersenyum tawar. Tak perlu aku sembunyi identiti aku lagi nampaknya. Mesti Nuryn boleh korek rahsia aku melalui Tuan Hamdi.

"Paksu tak jawab soalan Yin lagi."

"Laaa..paksu baru tukar kat sini. Baru dua minggu. Tak sangka kes besar yang paksu terima melibatkan kamu Yin. Paksu ingat dapat tukar kat sini relax la sikit pasal kat sini kes jenayah agak kurang kalau nak dibandingkan dengan bandar-bandar besar."

Nuryn tersengih mendengar paksu Hamdi bercakap. Paksu memang macam tu..kalau dia mula bercakap susah nak berhenti. Dulu Nuryn agak rapat dengan paksu Hamdi tetapi setelah maksu Yah, isteri paksu cemburukan Nuryn, dia mula menjauhkan diri daripada paksu. Lagi
pun umur Nuryn dan maksu Yah tidak jauh beza..hanya beza lima tahun saja.

"Haa paksu dah beritahu abang Jan tapi dia tak boleh mai..mak Yin ada banyak tempahan hari ni. Dia suruh paksu bawa balik Yin nanti."

Nuryn hanya tunduk, airmata hampir menitis. Walaupun Nuryn hampir hilang nyawa tapi mak Yam masih pentingkan tempahannya. Bapanya pula perlu menghantar tempahan mak Yam kepada pelanggan. Jadi paklang tidak dapat menziarahi Nuryn dan Nuryn tahu bapanya amat risaukan akan dirinya.

"Eh! Tak pa paksu, Yin boleh balik sendiri. Menyusahkan paksu ja."

Jangan cari pasal Nuryn, nanti maksu Yah serang baru tau. Mencari nahas namanya tu. Umi yang menyedari perubahan airmuka Nuryn segera menghampiri dan menggosok perlahan bahu Nuryn. Memberi semangat kepada Nuryn. Sebagai seorang ibu, dia faham hati seorang anak yang menagih kasih sayang seorang ibu.

"Tuan, izinkan saya hantar Nuryn balik. Saya yang bawa dia ke sini jumpa keluarga saya."

"Hmm..Yin okey ka balik dengan Inspektor Qaid? Yin percayakan diakan."

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now