QN 31

2K 92 3
                                    

Rahul yang menyorok di sebalik kotak yang melindungi pintu rahsia tidak berani keluar selagi keadaan tidak selamat. Pecah rekod kerana main aci menyorok sebanyak dua kali hari ini. Demi tugas, dia sanggup walaupun bermain polis sentri. Permainannya waktu kecil dulu.

Dia mengambil keputusan sendiri untuk mengintip setelah melihat Bard sedang bercakap-cakap dengan Murad dan Gary. Dia tahu natijahnya jika berada di kawasan itu kerana kawasan itu telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan untuk pekerja atas arahan Mr.Ito.

Baru sekarang dia tahu mengapa mereka tidak dibenarkan berada di situ kerana di situlah Mr.Ito menjalankan kegiatan pemprosesan dadah. Dia amat yakin dalam hal itu. Kalau tidak mengapa mesti ada pintu rahsia?

Peluh mengalir laju menuruni dahi dan
badan. Sebagai orang baru, dia masih lagi takut-takut untuk menjalankan tugas undercover. Alah tegal biasa..
Rahul. Lama-lama Rahul akan cekap menjalankan tugas seperti ahli pasukannya yang lain.

Menjadi sebahagian daripada anggota pasukan Lion of the Desert merupakan satu penghormatan kepadanya. Ramai anggota yang baru habis latihan ingin menyertai pasukan elit itu. Pasukan yang gah dan menjadi kebanggaan mereka walaupun untuk menyertai pasukan itu bukan sedikit darah dan airmata yang terpaksa keluar. Perit.

Setelah memastikan keadaan selamat, Rahul keluar dari tempat persembunyiannya dan terus mencari Qaid dan Kai. Setelah berjumpa Qaid, dia terus menarik tangan Qaid ke tempat yang jauh daripada orang lain.

"Hah! Rahul, kenapa nampak cemas saja ni?" Tanya Qaid kehairanan.

"Syyy.. perlahan sikit suara tu Qaid, ada berita gempak ni."

Rahul menceritakan apa yang dia dengar dan nampak tadi. Nadanya yang bersungguh-sungguh menarik perhatian Qaid.

"Good job Rahul tapi kita kena stay away dari tempat tu dulu hari ini sebab saya tak mau Mr.Lim curiga. Balik nanti baru kita bincang pelan yang seterusnya."

"Okey bos."

"Jom..nanti abang Jo bising pulak tengok kita berkumpul di sini. Tadi pun berleter kalah umi. Sakit telinga tau."

Rahul hanya ketawa kecil. Faham dengan telatah Johan, supervisor mereka. Silap sikit bukan dia marah tapi lebih kepada berleter. Terkenan dengan burung murai agaknya.

Qaid menghantar whatsapp kepada Ghadi..memberi laporan mengenai pertemuan terbaru mereka. Ghadi meminta mereka berkumpul di rumah sewa Qaid..markas terbaru mereka.. dalam balasan whatsapp kepada Qaid.

"Alamak..aku dah janji dengan umi nak balik malam ni..hmm kena batallah pulak."

Umi menyuruh Qaid balik ke kampung semasa menelefon Qaid tadi. Tujuannya ialah untuk berbincang mengenai masalah Nuryn. Qaid sendiri tidak tahu apa yang umi mahu bincangkan. Mengenai Nuryn? Harap-
harap umi tidak mencadangkan sesuatu yang mustahil untuk dia jayakan.

@@@@@@@@@@@@@@@

"Kenapa tolak? Nasrul tak cukup baguskah?" Suara tok Pah memetir.

Pantang sungguh kalau rancangannya ditolak. Nuryn cebik mulut. Kalau dah nama maharani kira nak menang saja. Tok Pah dan Nuryn sama-sama keras kepala..masing-masing nak menang.

"Mak chaq..kita dengar dulu pendapat Yin..mungkin Yin ada pilihan dia sendiri." Mak long Hamidah cuba untuk meredakan keadaan.

"Haa Jan..Yam..kalau hari tu hangpa boleh paksa dia kenapa hari ni tak boleh?"

"Mak..kali ni cheq nak bagi Yin pilih sendiri. Banyak kali dah kita paksa dia jadi biarlah dia pilih sendiri kali ni." Pak lang cuba berkompromi.

"Midah jangan salah sangka naa..
bukan abang Jan tak suka dengan Nasrul tapi biarlah Yin pilih sendiri."

"Eh! Midah tak kisah tapi memang Midah suka Yin dari dulu lagi. Semua sukakan anak dara abang Jan ni tapi tu la Yin tua sikit dari Nasrul."

"Kak..Nasrul kata dia tak kisah pun."
Pak su Hamdi pula mencelah.

"Tapi Yin kisah lagipun Yin malulah kat orang yang Yin tua dari anak teruna."

"Alaa Yin umur tu kan satu angka saja. Tak ada bezapun satu dua tahun."

Semua senyap. Keputusan masih tidak dapat dicapai. Pak lang dan mak Yam masih membisu. Nuryn dah mati akal nak berhujah. Wajah tok Pah masam.
Mak long Midah masih boleh tersenyum dan pak su Hamdi senyum sinis.

Nuryn pandang pak su Hamdi, pak su angkat kening. Nuryn buat muka hairan. 'Apasal pak su senyum pelik sangat ni?' Telah Nuryn.

'Macamlah aku tak tahu Yin mesti ada apa-apa dengan Inspektor Qaid. Balik Baling nanti aku nak siasat. Sia-sia aku jadi polis kalau tak boleh siasat.' Pak su
Hamdi teka dalam kesamaran. Senyuman sinis masih lagi terpamer di bibirnya yang kusam itu..kesan dari hisap rokok banyak sangat.

Setelah beberapa lama berdiam diri akhirnya mak long Midah tepuk meja.
Semua yang berada di situ terkejut sehingga pak su Hamdi hampir-hampir
buka silat kat situ.

"Apa ni kak duk tepuk meja. Nasib baik Di tak dak sakit jantung." Pak su Hamdi urut dada.

Tok Pah tepuk tangan mak long Midah tanda geram. Yang lain turut mengurut dada masing-masing. Mak long Midah tersengih. Tu la asyik berangan lagi.

"Maaf..maaf semua..hehe. Macam ni abang Jan, Midah bagi masa seminggu
untuk Yin tenangkan diri. Kalau dalam seminggu tak ada jawapan, Midah dan abang Wadi mai bawak rombongan meminang. Kita kira jadi. Okey dak."

Pak lang pandang mak Yam, minta buah fikiran. Mak Yam sekadar mengangguk lemah. Pak lang pandang Nuryn tapi Nuryn geleng kepala. Kalau boleh dia nak tolak terus tapi pandang muka tok Pah yang dah macam nak terkam mangsa tu buat Nuryn terkedu.

Telan mati mak luah mati bapa..itu yang Nuryn rasa sekarang. Serba salah.

"Okey..kalau dalam seminggu ni ada orang masuk meminang Yin, secara otomatik peminangan kami terbatal dengan sendirinya. Kami tarik diri."

Tudia kalau dah Ketua Wanita Umno cawangan Kampung Pasir bercakap dah macam masuk forum pula. Bernas sungguh cadangan mak long Midah.
Win-win situation kata mak long. Tiada siapa yang menang atau kalah. Semuanya ikut kata takdir..gitu.

"Mak long bagilah masa sebulan, seminggu cepat sangat." Nuryn cuba tarik tali.

"Tak payah! Seminggu cukup." Tok Pah keluar arahan mandatori.

Sentuhan lembut di bahunya menyebabkan lamunan Nuryn terbang serta merta. Dipandangnya wajah umi yang tersenyum manis kepadanya.

"Kenapa? Teringat kisah lalu?" Tanya umi.

Nuryn sempat menyapu airmata yang mengalir di pipi. Sebuah senyuman dilemparkan kepada umi. Sekadar menutup relung hati yang hampir hangus dek kerana masalah yang bertimpa-timpa datang.

"Jangan putus berdoa kepada Allah.Kita tidak tahu apa yang akan jadi dalam hidup kita, mungkin jadi begini, mungkin jadi begitu, Allah suka jika hambaNya sentiasa berdoa."

Nuryn hanya mengangguk mengiakan segala yang umi cakap. Patutlah Qaid sentiasa tenang dalam perlakuannya jika begitu sikap umi. Sentiasa memberi nasihat yang baik bukannya tahu hendak marah saja.

"Percayalah ada hikmah dalam sesuatu perkara yang berlaku dalam diri kita. Jika tak nampak sekarang mungkin satu hari nanti kita akan nampak hikmah itu. Pokoknya di sini.."

Umi pegang dada kiri Nuryn.

"Sabar dan reda."

Nuryn peluk erat umi. Qalisha dan Quratun Aini yang melihat saling mengalirkan airmata. Kesedihan Nuryn turut menyebabkan mereka turut bersedih.

Mereka berharap agar sinar kegembiraan dapat menyinari wajah Nuryn satu hari nanti. Lama sudah Nuryn tidak mendapat peluang indah dalam kehidupannya. Dua beradik itu juga berharap agar Qaid dapat memberi peluang kepada Nuryn bahagia kerana..

Bahagia di mata Nuryn hanya ketika bersama Qaid.

Mereka nampak semua itu.

Tapi Qaid nampakkah semua itu?

************************************

Thanks for reading and vote.

Love love love

CikInzzz.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now