QN 22

2K 91 0
                                    

Nuryn terlangut apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Zakri masuk membawa lagi makanan untuk Nuryn.
Walaupun marahkan Nuryn tetapi kerana kasihnya kepada Nuryn dia tidak sanggup melihat Nuryn berlapar.

Nuryn langsung tidak peduli akan kehadiran Zakri. Sakit hati atas perbuatan Zakri masih lagi berbekas dihatinya. Dia tidak mahu tahu apa tindakan Zakri seterusnya. Sebenarnya dia amat takut memikirkan jika dia tidak dapat bertemu kembali dengan ibubapanya.

Zakri duduk dihadapan Nuryn. Memandang Nuryn dengan rasa kasih.
Nuryn tetap tidak memandang muka Zakri. Zakri tertawa kecil melihat telatah Nuryn. Dia membuka ikatan tangan dan mulut Nuryn. Menolak bungkusan makanan kearah Nuryn dengan harapan Nuryn makan kali ini.

Nuryn memandang sepi makanan tersebut. Dia bukannya kebal sangat sampai tak mahu makan tetapi sekarang tangannya sangat kebas kerana diikat terlalu lama. Nak pegang sudu pun tak lepas.

"Kenapa tak makan? Nak aku suap? Haha."

"Tak perlu..terima kasih." Nuryn segera menarik bungkusan makanan.

Kalau ikutkan Nuryn tak ingin makan..
takut Zakri meletakkan sesuatu di dalam makanan tersebut.

"Kenapa tak makan..takut aku letak racun? Please la aku sayang kau kut. Takkan aku nak racun kau."

Zakri mengambil sudu lalu dicedok sedikit nasi goreng itu dan disuap ke dalam mulutnya sendiri. Dikunyah-
kunyah dan ditelan makanan tersebut.

"Lihat! Tak ada apa-apa terjadi pun kan. Makanlah aku tak suka pengantin aku kurus sangat."

"Pengantin? Apa maksud kau?" jerit Nuryn.

Bungkusan nasi goreng yang dipegang
hampir terjatuh ke lantai kerana terlalu terkejut. Nuryn mengambil botol air mineral dan terus minum dengan rakus. Terasa tekaknya berpasir mendengar berita yang langsung tidak enak didengar.

"Aku rasa kau belum pekak kan. Kau pengantin perempuan aku..aku pula pengantin lelaki kau. Hahaha."

"Mak..sud..kau..kau..kah..win?"

Tiba-tiba Nuryn jadi gagap. Entah mengapa begitu payah sekali ayat yang hendak dituturkan.

"Ya..aku nak bawa kau kahwin..tak payah tanya bagaimana..aku rasa kau tak sebodoh itu."

"Kau dah gila?? Aku lebih rela mati dari kahwin dengan kau."

"Kerana kau aku jadi gila..kerana kau!"

Zakri meramas rambutnya. Serabut bila Nuryn mula menentangnya. Dia berjalan mundar mandir di dalam bilik itu sambil mulutnya meracau...tak tahu butir bicaranya.

Nuryn memandang Zakri dengan pandangan pelik. Zakri kelihatan aneh..
dah macam orang tak betul saja. Sesuatu terlintas di kepalanya. Tiba-tiba dia berasa seram sejuk. Tak kanlah Zakri.. dia menggelengkan kepala. Tak mungkinlah.

Nuryn bangun untuk larikan diri tetapi dia terlupa Zakri belum membuka ikatan kakinya. Dia jatuh tersembam. Entah di mana dia mendapat tenaga walaupun tidak makan seharian tetapi Nuryn menggagahkan dirinya mengesot menuju ke pintu.

Zakri menarik kaki Nuryn dan cuba untuk mengikat Nuryn kembali.
Nuryn tidak mahu mengalah. Dia sedaya upaya melawan Zakri tapi kudratnya yang tak seberapa tidak memungkinkan dia melawan Zakri yang tegap itu.

Pergelutan itu membuatkan Zakri bertambah berang. Ditamparnya pipi Nuryn dua kali. Nuryn hampir pengsan apabila mendapat penangan Zakri. Puas melihat Nuryn yang sudah lunyai dikerjakannya, Zakri mengheret Nuryn kembali ke tiang untuk mengikat Nuryn.

Sebelum sempat Zakri mengikat Nuryn,
rakan subahatnya berlari sambil memanggil Zakri. Dengan nafas yang tercungap-cungap dia memberitahu berita yang menggemparkan.

"Zakri! Cepat lari! Polis dah mai cari hang." jerit Padin rakan subahat Zakri.

"Ciss!! Macam mana polis boleh tau aku punya kerja? Hang pecah lubang ka?"

"Mana ada..hang jangan duk tuduh aku bukan-bukan. Aku tolong hang ni pun besaq rahmat. Kalau aku masuk dalam
memang teruk la." Padin marah Zakri.

"Mana budak Mamat tu?" tanya Zakri.
Mamat rakan subahat yang ketiga.

"Aku dah suruh dia lari awai lagi. Ni aku pun nak blah dulu, hang buatlah apa hang nak buat. Jangan babitkan kami pulak. Aku dah tak dak kena-
mengena dah tau." pesan Padin.

"Okey..okey..aku tau la nak buat apa.
Aku tau la nak ajar polis tu nanti."

"Ikut suka hang la..aku chiow dulu."

Padin lari meninggalkan Zakri. Dia dan Mamat tolong Zakri pun sebab dapat ganjaran yang agak lumayan daripada Zakri. Bagi pemuda kampung seperti mereka wang berjumlah beberapa ribu amat besar. Sebab itu mereka sanggup menculik Nuryn. Malangnya mereka tidak tahu mereka menculik Nuryn ketika Nuryn berada bersama Qaid..
seorang anggota polis.

Zakri menarik Nuryn supaya berdiri tetapi keadaan Nuryn yang lemah menyebabkan Nuryn jatuh terduduk. Tidak mahu membuang masa, Zakri terus mencempung Nuryn diatas bahunya. Segera dia keluar dan menuju ke arah yang bertentangan dengan jalan masuk ke pondok itu.

Ghadi dan teamnya sampai ke pondok yang dinyatakan oleh Sharif. Mereka meletakkan kereta sejauh 100 meter dari pondok itu. Berpecah kepada dua kumpulan, mereka berjalan secara senyap menuju ke pondok. Susunan langkah yang begitu perlahan sehingga tiada kedengaran bunyi derap kasut.

Orlando dan Jai diarahkan ke bahagian belakang pondok sementara Ghadi dan Qaid menuju kearah pintu pondok. Semua bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Zakri Isa..menyerah sekarang..awak sudah dikepung!" Suara Ghadi yang keras melantun di sebalik keheningan dusun tersebut.

Sunyi..tiada suara menyahut. Ghadi tidak mahu ambil tindakan drastik..
risau jika tindakan itu akan mencederakan Nuryn. Kalau boleh berunding, dia akan gunakan cara diplomasi untuk menyelesaikan krisis ini. Dilaung sekali lagi memanggil nama Zakri tapi hampa. Tiada respon dari dalam pondok.

Ghadi mengangguk kepala kepada Qaid. Faham dengan arahan itu, Qaid terus merempuh pintu pondok lalu mengacu pistolnya kearah sesiapa saja yang mungkin berada dalam pondok itu. Malangnya tiada sesiapa di situ.

Qaid mencari di seluruh pelosok pondok, ternyata Zakri sudah menghilang bersama Nuryn.

"S***!" Terkeluar juga kata makian dari mulut Qaid. Salah satu ayat yang diharamkan keluar dari mulutnya, terkeluar juga hari ini. Jika umi dengar ni mesti kena marah. Akhirnya Qaid beristighfar. Memarahi dirinya yang alpa.

Orlando dan Jai datang menyertai mereka setelah dipanggil oleh Ghadi.
Setelah meninjau di bahagian belakang pondok, mereka juga tidak menjumpai sesiapa di situ.

"Budak Sharif tu tipu kita ka?"tanya Jai dengan rasa tidak puashati.

"Aku rasa dia tak tipu kita. Dia tiada kepentingan pun nak tipu kita." jelas Ghadi.

"Hey guys! Look here." Orlando menunjukkan bekas nasi goreng yang bertaburan di situ.

Qaid menunduk memerhati makanan yang berselerakkan. Kini dia pasti Nuryn ditahan di sini kerana dia dapat melihat beberapa utas tali yang semestinya digunakan untuk mengikat seseorang.

Bunyi kereta dihidupkan mengejutkan mereka. Mereka berlari keluar dan melihat sebuat kereta Proton Waja silver keluar dari semak tidak jauh dari kenderaan mereka.

"S***!!Kenapa kita tak perasan kereta tu tadi?" Giliran Ghadi pula maki Zakri.

"Cepat! Kita kejar kereta tu. Nuryn mesti ada bersama dia." Qaid segera berlari menuju ke suv X-Trail mereka.

Qaid lari ke bahagian pemandu. Dia akan mengejar Zakri sehingga ke hujung nyawanya. Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan Nuryn selamat dari genggaman Zakri.

Dia pasti. Dia mahu Nuryn selamat.
Kerana dia mula sayangkan Nuryn.
Bukan sebagai kawan lagi tetapi.....





 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now