QN 20

2.2K 95 0
                                    

Kejadian berlaku dengan sekelip mata. Kegembiraan mereka diragut dengan begitu pantas. Qalisha dan Quratun Aini masih lagi menangis. Mereka juga trauma dengan kejadian yang tidak disangka-sangka menimpa mereka. Apa yang paling mereka kesali ialah mereka tidak dapat menahan Nuryn daripada diculik.

Umi sedaya upaya menenangkan anak-anaknya. Walaupun sedih tetapi umi tidak dapat menunjukkan kesedihannya di hadapan Qalisha dan Quratun Aini. Dia perlu tabah menghadapi ujian ini kerana dia tahu Qaid perlukan sokongannya. Anak-
anak perlukan sokongan seorang ibu. Ibu kuat maka anak-anak turut berasa kuat.

Qaid telah pergi ke balai polis untuk melaporkan kehilangan Nuryn. Polis daerah dikerahkan untuk mencari Nuryn. Setelah membuat laporan Qaid tidak membuang masa terus menghubungi Ghadi. Dia perlu meminta pertolongan Ghadi dan team Lions of the Desert dalam usaha mencari Nuryn.

Sementara menunggu ketibaan team Ghadi, Qaid sibuk mententeramkan adik-adiknya.

"Abang, kami minta maaf sebab tak dapat selamatkan kak Nuryn. Kalau kami.." Qalisha tidak dapat menghabiskan ayat kerana terlalu sebak.

"Tak pa dik..benda nak jadi. Kita harap kak Nuryn selamat. Itu ja harapan abang."

"Siapa yang nak culik Nuryn,Uzair? Kenapa? Dia anak orang kaya ka?"

"Dia orang biasa ja umi. Chek pun tak tahu motif penculik tu ambil Nuryn. Kalau nak kenakan chek, mesti mereka akan target umi dan adik-adik."

"Ya, umi faham tu. Kami pun dah lama berjaga-jaga seperti yang Uzair pesan."

Qaid juga bingung apa yang penculik itu nak sebenarnya.

"Uzair, Nuryn tau dak kerja Uzair?"

"Tak umi..Nuryn tak tahu..dia.." kata Qaid terhenti di situ, tiba-tiba dia bingkas bangun dari duduknya.

"Yes, kenapa aku tak fikir sebelum ni. Sha dan Ani..jaga umi,abang kena pergi cari kak Nuryn sekarang."

Ketiga beranak terpinga-pinga melihat
Qaid yang tergesa-gesa meninggalkan mereka. Qaid tidak sempat untuk memberitahu mereka apa yang difikirnya tetapi dia tahu keluarganya bukan dalam bahaya sekarang.

Musuh yang menculik Nuryn bukan musuhnya tetapi musuh Nuryn sendiri.
Dia yakin mengenai perkara itu. Tidak perlu bersusah payah mencari siapakah gerangannya kerana dia tahu benar siapa yang membuat onar.

Dia cuma berharap agar Nuryn dapat bertahan dengan penculiknya. Pasti Nuryn akan mengamuk kalau dia melihat penculiknya. Dia pasti perkara itu. Nuryn sesekali tidak akan menyerah begitu saja tanpa melawan.

Please Nuryn be safe and wait for me.

Nuryn terjaga dari pengsan. Kepalanya berpinar mungkin dari kesan ubat yang ditekap dihidungnya yang menyebabkan dia tidak sedar diri. Klise sangat kejadiannya. Nak culik mesti nak guna medium yang boleh membuatkan mangsanya pengsan. Dah cara tu mudah cik Nuryn oi.

Matanya melilau memerhati sekeliling.
Apa yang dia nampak..dia ditempatkan di dalam sebuah bilik..agaknya..atau sebuah pondok..rasanya. Nuryn pun keliru. Suasana yang kelam dan bau hamis menghadkan pancainderanya.

Dia cuba bergerak tapi ah..klise lagi..
mesti kena ikat..kaki dan tangan. Tangannya pula diikat keatas. Nak bergerak pun susah. Nuryn menyumpah lagi tetapi tidak terkeluar suara lunaknya sebab mulut pun kena ikat. Mesti penyamun..eh..
penculik tu takut dia menjerit.

Dalam bermonolog dia tersenyum sendiri. Penculik ini mesti kenal rapat dengan dia. Mereka tahu suaranya yang bagaimana kalau marah, boleh bergegar bumi Malaysia. Dah Nuryn extravaganza sangat pernyataan itu.

Setelah menarik nafas, Nuryn melihat kembali sekeliling. Bijak sememangnya penculik itu seorang yang bijak kerana di dalam bilik itu tiada sebarang perabot atau objek. Hanya bilik kosong semata-mata.Kosong. Hanya dia yang terikat di tengah tiang dalam bilik itu dalam keadaan tangan terikat keatas.

Berputus asa? Tidak. Nuryn tidak akan berputus asa secepat itu. Dia perlu simpan tenaga untuk bersemuka dengan penculiknya. Nanti dia akan mencari jalan untuk melarikan diri.

Dia harap Qaid akan mencarinya. Dia yakin Qaid tidak akan berdiam diri. Bukan kerana Qaid sayangkannya tetapi sifat Qaid yang begitu peduli dengan kesusahan rakannya.

Bunyi derap kaki mematikan lamunan Nuryn. Penculiknya datang. Dadanya berdebar-debar. Bagaimana agaknya rupa penculik itu. Kalau ikut dalam filem, rupa penjenayah tak adalah yang cantik rupawan. Mungkin dalam drama Korea ada la sorang dua aktor terkenal yang jadi antagonis seperti Hyun Bin dalam The Negotiation.

Pintu dibuka. Berkeriut bunyi. Tanda pintu itu sudah lama tidak digunakan.
Muncul tiga makhluk yang menculiknya. Membuntang mata Nuryn melihat salah seorang penculik itu merupakan seorang yang amat dia kenali. Mulutnya bergerak-gerak memaki lelaki itu tapi malangnya tiada kosakata yang keluar.

Lelaki itu menghampiri Nuryn dan dia duduk mencangkung dihadapan Nuryn. Dia menggeleng-geleng kepalanya melihat Nuryn yang kelihatan terperanjat melihat wajahnya. Dah macam lihat hantu.

"Kenapa? Terkejut lihat aku? Hahaha."
Ketawa lelaki itu bergema di dalam bilik kosong itu.

"Nuryn..Nuryn..mana bodyguard kau?
Oh! Lupa..aku rasa dia dah mati kut sebab aku dah pukul kepala dia sampai pecah.Hahaha."

Nuryn menggeleng kepalanya beberapa kali. Tidak! Dia tidak percaya.Memang dia nampak Qaid dipukul tadi tetapi benarkah kata penculik itu?Airmatanya sudah bergenang di pinggir mata.

"Kau tak percaya?" kata lelaki itu lagi.

Bodohlah dia ni. Dah tutup mulut aku macam mana aku nak jawab. Sengal tak simpan sikit untuk anak cucu. Gerutu hati Nuryn.

"Ikut kau la nak percaya atau tidak tapi ada aku kisah. Aku dah dapat kau. Lepas ni kau tak boleh lari dari aku lagi. Jual mahal lagi. Tak boleh cara elok aku ambil cara kasar. Ini Zakri..
Zakri the Great."

Nuryn dah meluat dengar Zakri merepek. Zakri the Great konon. Apa yang hebat sangat pun Nuryn tak tahu. Harap rupa tu bolehlah tahan. Ada juga rupa Sunil Shetty sikit tapi perangai nauzubillah setan pun kalah. Sebab itu Nuryn langsung tidak berkenan dengan Zakri.

Bukan Nuryn tak tahu sesiapa yang cuba dekat dengannya akan diugut oleh Zakri. Orang terakhir yang kena dengan Zakri ialah Qaid. Mengingatkan Qaid, Nuryn amat berharap Qaid selamat, tidak seperti apa yang dikatakan oleh Zakri.

Salah seorang rakan subahat Zakri menyerahkan sebungkus makanan kepada Zakri. Zakri mengambil lalu diletakkan makanan tersebut dihadapan Nuryn. Dia membuka ikatan tangan dan mulut Nuryn.

"Makan tapi jangan cuba nak lari. Aku bukannya kejam sangat nak biar kau kebulur sebab aku sayangkan kau."

"Kau pergi jahanam dengan sayang kau!" jerit Nuryn.

"Aku takkan sesekali serah diri aku pada kau. Not in this life!" Nuryn terus meludah ke muka Zakri.

Panggg!! Kepala Nuryn tertoleh ke kanan. Mulutnya berdarah tapi Nuryn puas dapat mengherdik dan meludah Zakri. Zakri mencengkam rahang Nuryn. Nuryn cuba melepaskan tangan Zakri malangnya cengkaman Zakri terlalu kuat.

"We will see."

Dia kembali mengikat tangan dan mulut Nuryn dan mengambil bungkusan makanan itu. Zakri mendengus kasar lalu keluar dari bilik dan mengunci pintu bilik. Panas hati sebab dijerkah  dan diludah oleh Nuryn.

Nuryn yang dari tadi menahan diri dari menangis tidak dapat mengawal diri lagi. Dia menangis sepuas-puasnya..
bukan kerana sedih tetapi sakit hati terhadap Zakri.

Dia bersandar longlai..pasrah..menanti jika masih ada hari esok untuknya.

************************************

Thank you for reading and vote.

CikInzzz 😾😾







 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now