QN 10

2.4K 111 2
                                    

"I found her."

"What?"

Qaid pernah menceritakan kisah cintanya kepada Ghadi ketika dia cuba menasihati Ghadi mengenai Naura.
Ghadi menerima nasihat Qaid dan akhirnya dia mendapat Naura.

"Habis kau buat apa?"

"Aku belum buat apa-apa pun. Kami baru ja bertemu. Lagipun perasaan aku dekat dia masih kosong. Mungkin aku perlu lebih masa untuk mendekatinya."

"Dia macam mana?"

Ketika Qaid hendak menceritakan perihal Nuryn kepada Ghadi secara tidak sengaja bibirnya akan melengkong membentuk satu senyuman. Ghadi yang melihat Qaid tersenyum sendiri sudah dapat mengagak. Mesti Nuryn seorang yang istimewa tetapi Qaid sendiri tidak menyedarinya.

"Hei! Aku suruh kau cerita bukan senyum seorang."

Tersedar akan kelekaannya, Qaid tertawa pula. Nak cover line la tu.

"Dia masih macam dulu, garang tak padan dengan tubuh kecil. Kerja kuat, suka buat lawak tak berapa cerdik dia dan masih comel dan cute."

Selepas mengambil nafas, Qaid teruskan pandangannya mengenai Nuryn.

"Cuma sejak kebelakangan ni aku perasan dia ada masalah keluarga. Aku tak pasti apa dia tapi dia tetap ceria macam tak ada apa-apa masalah."

"Wow! I wish I can meet her. The way you describe her hmmm I can see you smile a lot."

"Eh! Mana ada. Aku cuma.."

"Assalamualaikum."

Sebelum sempat Qaid habis cakap, ucap salam sampai ke telinganya.

Qaid dan Ghadi memandang kearah insan yang memberi salam. Serentak mereka menjawab salam tersebut.

"Nur..yn.. a..pa..ya..ng kau buat sini?"

"Hoi! Sejak bila kau gagap ni?"

Terus Nuryn ketawakan Qaid. Pelik dengan Qaid tiba-tiba cakap putus-
putus macam orang gagap.

"Kedai makan kan mestilah mai nak makan. Apalah kau ni Qaid. Tanya soalan cerdik sikit boleh tak?"

"Yinnn..apa cakap macam tu? Tak baik tau. Maaflah nak, anak pakcik ni memang macam ni, tu pasai tak dak orang nak kat dia."

Pak lang Azizan terpaksa masuk campur apabila melihat Nuryn bukan main lagi gelakkan kawannya.

"Apa pak ni? Ni kawan Yin, dia pun kenai Yin macam mana. Sorry Qaid, ini bapak aku. Pak ni kawan Yin. Nama dia Qaid Uzair bukan kait buah tu tau."

Qaid dan Ghadi terus bersalam dengan bapa Nuryn.

"Pak pi order dulu, satgi Yin pi."

"Pakcik mintak diri dulu na, si Yin dah halau pakcik. Takutlah tu pakcik bocor rahsia dia."

"Pakkkk..."

Qaid dan Ghadi hanya ketawa melihat telatah dua beranak tu.

"Qaid, kau tak mau perkenal aku kat member kau ni?"

"Oh lupa. Ni member aku masa kat U dulu. Nama dia Ghadi Aqhar tapi kau jangan tergoda pulak, dia dah nak kahwin."

"Ishhh mana ada. Kau pun tahu taste aku macam.."

"Macam dia kan." Ghadi pula menyampuk cakap Nuryn sambil menunjuk kearah Qaid.

"Eh!" Nuryn terdiam tidak tahu hendak mengiakan atau menafikan kata Ghadi.

"Aku..aku..teman bapak aku dululah. Selamat berkenalan encik Ghadi."

Nuryn perlu lari segera sebelum perkara yang memalukan berlaku keatas dirinya. Ghadi tertawa melihat telatah Nuryn.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu